Permohonan Memasuki Pengajian dan Latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sajada Porthopedic Sakit Lutut dan Sakit Pinggang

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Permohonan Memasuki Pengajian dan Latihan di UPNM
Permohonan Memasuki Pengajian dan Latihan di UPNM

Permohonan Memasuki Pengajian dan Latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Hari ini merupakan hari bersejarah bagi murid yang menduduki SPM 2016 kerana keputusan telah diumumkan. Ada yang menangis kegembiraan dan ada juga yang menangis kerana menyesal.

Selepas keputusan keluar, pelajar-pelajar perlu memikirkan hala tuju yang seterusnya. Pelajar perlu menentukan bidang apa yang perlu diceburi dengan keputusan yang diperolehi. Jangan tersalah memilih bidang bimbang masa akan datang tidak dapat kerja.

Permohonan ke UPNM

Kepada pelaja-pelajar lepasan SPM yang cemerlang, berhasrat untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara dan memenuhi syarat-syarat untuk memohon ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) boleh membuat permohonan segera sebelum permohonan di tutup.

Pelajar yang mahu belajar di tanggung dan diberi elaun oleh kerajaan, inilah peluang keemasan dimana UPNM membuka permohonan dan segala perbelanjaan di tangungng oleh kerajaan. Pelajar tidak perlu untuk membuat pinjaman PTPTN. Dengan ini, pelajar tidak akan menyusahkan ibu bapa.

ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2017.

Antara program asasi yang ditawarkan ialah

  1. Asasi Perubatan
  2. Asasi Kejuruteraan dan Sains
  3. Asasi Pengurusan dan Strategi

Calon boleh memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui laman web UPU online dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tentera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

Untuk memohon upu online, sila ke laman web rasmi upu online melalui post ini.

Keistimewaan yang Diperolehi

Gaji Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan

  1. Tahun Asas – RM 1103.96
  2. Tahun 1 – RM 1228.96
  3. Tahun 2 – RM 1353.96
  4. Tahun 3 – RM 1478.96
  5. Tahun 4 – RM 1603.96
  6. Tahun 5 – RM 1620.00

Elauan Bulanan

  1. Elaun Khidmat Bulanan – RM 115.00
  2. Sara Hidup – RM 150.00
  3. Insentif Khas – RM 200.00

Kos Pengajian, makan minum, penginapan, buku, pakaian, latihan ketenteraan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Oleh yang demikian, pelajar yang berminat bolehlah memohon, jangan sampai tarikh permohonan ditutup.

Akhir kata, terima kasih kerana terus menyokong SGO.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

Vote 5 Star