Apakah Pendidikan Abad Ke-21

Apakah Pendidikan Abad Ke-21
Apakah Pendidikan Abad Ke-21

Apakah Pendidikan Abad Ke-21 sering menjadi sebutan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Warga Pendidikan.

Dasar Global langit terbuka di abad ini menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar agar Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia. Semua elemen dalam pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru. Guru perlu menjadi pemudahcara kepada murid dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas.

Warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan.

10 Ciri Pembelajaran Abad Ke-21

1. Berpusatkan pelajar
– pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
– meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
– alat penting untuk kelas abad ke 21
– sangat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Pembelajaran aktif
– penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
– kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif
– tidak terlalu sesak
– peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
– pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
– peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati
– perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
– guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
– pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
– sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian
– guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif
– pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

Dapatkan Borang Penilaian Kelas Abad ke 21


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Penilaian kelas abad ke-21

Di atas merupakan borang untuk menilai kelas abad ke21. Sekiranya kelas mempunyai ciri-ciri abad ke 21 dengan sendirinya pengajaran juga akan ke arah abad ke 21. Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kelas abad ke 21 dan setiap bulan ada pemenang. Dengan cara ini, penjagaan kelas akan diadakan secara berterusan.

Guru juga perlu memastikan kaedah yang sesuai perlu diserapkan ke dalam aktiviti murid bagi memastikan pengajaran abad ke-21 dapat dijalankan. Guru tidak semestinya menggunakan kemudahan ICT untuk menjalankan pembelajaran abad ke 21 ini. Guru boleh menggunakan apa sahaja kaedah tetapi aktiviti itu mestilah berpusatkan murid.

Guru juga perlu sentiasa melatih murid menjawab soalan berbentuk KBAT bagi melatih pemikiran kreatif dan kritis murid. Kaedah penyoalan juga haruslah kreatif supaya murid lebih tertarik untuk menajwab dan tidak merasakan soalan yang diajukan itu susah.

Update Mengenai Pendidikan Abad ke 21 (PAK 21)

Pendidikan Abad ke 21 merupakan satu penanda aras yang sangat hebat dalam dunia pendidikan negara. Pelbagai kemaskini atau update ilmu-ilmu serta bahan terbaru sangat banyak dan mudah diperolehi sekarang.

Kemaskini kali ini admin ingin kongsikan ada lagi sumber atau bahan yang mungkin sangat berguna buat semua. Ianya adalah seperti berikut :

  1. CEFR The Common European Framework of Reference for Languages
  2. Contoh Susun Atur Meja Kelas Bagi PAK 21 (Pendidikan Abad Ke 21)
  3. Cara Pelaksanaan PBD Pentaksiran Bilik Darjah Secara Sumatif
  4. PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
  5. Panduan Menulis RPH PAK-21 yang Terbaik
  6. 26 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan PAK-21
  7. Modul Multimedia dalam PdPc STEM Abad 21
  8. PAK21 Pelbagai Bahan Pendidikan Abad ke-21

Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus menyokong SGO. Sekiranya ada bahan yang hendak dikongsikan boleh kongsikan kepada SGO dan kami akan kongsikan kepada guru di luar sana.