
Pendaftaran kemasukan murid tahun 1 bagi tahun 2018 dan 2019 dilakukan secara online. Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.)
Semakan keputusan permohonan ke Tahun Satu bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan 2017 akan dibuka mulai 16 Julai 2016 bagi negeri Selangor dan 15 Julai 2016 bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Siapakah yang perlu daftar untuk kemasukan tahun 1 pada 2018 dan 2019?
Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir:
Tarikh Lahir 2 JAN 2011 – 1 JAN 2012
Tahun Persekolahan 2018
Tarikh Lahir 2 JAN 2012 – 1 JAN 2013
Tahun Persekolahan 2019
Pendaftaran secara atas talian di : https://public.moe.gov.my
Tarikh Pendaftaran dibuka: 1 Mac 2017 – 30 April 2017
Adakah yang tahun persekolahan 2019 perlu mendaftar juga?
~ Ya, pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum.
Siapakah yang perlu mendaftarkannya?
~ Ibu Bapa

Panduan Pengisian secara online oleh ibu bapa:
Ibu bapa boleh muat turun cara pengisian online lengkap disini. Manual ini dapat membantu ibu bapa yang pertama kali masuk ke sistem online ini.
FAQ
1. | Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan? | |
Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual. | ||
2. | Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi? | |
Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan. | ||
3. | Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna? | |
Ibu bapa dan penjaga. | ||
4. | Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru? | |
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar Rujukan: Manual Pengguna. | ||
5. | Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan? | |
Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul. | ||
6. | Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa? | |
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan. Rujukan: Manual Pengguna. | ||
7. | Bagaimanakah jika saya terlupa jawapan kepada soalan keselamatan? | |
E-mel kepada pihak admin. |
Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu guru yang memerlukan.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |