Tawaran Program Pertukaran Guru Malaysia – Korea (KOMTEP) Selama 3 Bulan (Ogos – November) 2017

program pertukaran guru ke korea 2017
program pertukaran guru ke korea 2017

Tawaran Program Pertukaran Guru Malaysia – Korea. Telah dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan ‘Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP)’.

Bilakah program ini akan berlaku? Pada musim luruh 2017 iaitu Ogos sehingga November 2017

Secara ringkas berikut adalah maklumat program.

  • Guru Layak : 8 orang guru
  • Tarikh Permohonan : 3 Mar – 3 April 2017.
  • Tempoh Menetap di Korea : Ogos – Nov 2017.
  • Objektif : Mewujudkan Jalinan Kerjasama Pintar antara guru Republik Korea dan Malaysia.

Antara Syarat dan Kelayakan utama guru untuk mengikuti program Tawaran Program Pertukaran Guru Malaysia – Korea adalah

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang kurangnya 8 tahun perkhidmatan
  3. Disahkan dalam skim perkhidmatan
  4. Berumur kurang 50 tahun pada 1 Ogos 2017
  5. Tidak berdaftar mengikuti pengajian di mana mana universiti dengan tajaan KPM
  6. Tidak mengikuti Program Jangka Pendek setahun kebelakang dan Program Jangka Panjang pada 2 tahun kebelakang

Baiklah mari lihat apakah yang bakal dilalui sebagai pengalaman pertukaran guru ini. Admin SGO telah melihat contoh program yang sama dilakukan pada tahun lepas iaitu 2016.

Diantara program yang dilakukan semasa KOMTEP ini adalah seperti;

  1. Refleksi Bengkel Buku.
  2. Pembentangan “Mid Term Review”. Diadakan di Seoul dan guru dapat menginap di Hotel Novotel.
  3. Latihan Gempa Bumi
  4. Kelas Kebudayaan (pengenalan bahasa,tarian dan makanan)
  5. Global Zone Saturday School
  6. Pencerapan Kelas Pendidikan Jasmani
  7. Sesi Radio Show.
  8. Ko kurikulum
  9. Makan Malam bersama exco Pulau Pinang
  10. Persidangan Antarabangsa ‘Global Citizenship Education Development’
  11. dan lain lain lagi.
Terkini! Peluang Guru Malaysia ke Korea (KOMTEP) selama 3 bulan (Ogos - November) 2017
Terkini! Peluang Guru Malaysia ke Korea (KOMTEP) selama 3 bulan (Ogos – November) 2017
img 3821 orig
Sesi Radio Show.
img 1184 orig
Refleksi Bengkel Buku.
Terkini! Peluang Guru Malaysia ke Korea (KOMTEP) selama 3 bulan (Ogos - November) 2017
Terkini! Peluang Guru Malaysia ke Korea (KOMTEP) selama 3 bulan (Ogos – November) 2017
dscf6804 orig
Makan Malam bersama exco Pulau Pinang
Terkini! Peluang Guru Malaysia ke Korea (KOMTEP) selama 3 bulan (Ogos - November) 2017
Terkini! Peluang Guru Malaysia ke Korea (KOMTEP) selama 3 bulan (Ogos – November) 2017

Tidak dilupakan, anda juga berpeluang menyertai lawatan ke kawasan kawasan menarik di Korea terutamanya sekitar Seoul. Dan bulan tersebut adalah menarik kerana ianya jatuh pada musim luruh.

Mari lihat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi pada musim luruh di Korea.

  1. Pulau Nami
  2. Istana Gyeongbokgung
  3. Perkampungan Hanok
  4. Menara Namsan di Seoul
  5. Masjid Utama di Itaewon
  6. National Folk Museum of Korea
  7. dan lain lain lagi

 

58b37ccb770366970ca4317ef6ec38e6
Pulau Nami pada musim luruh
203666 image2 1
Istana Gyeongbokgung
221316 image2 1
National Folk Museum of Korea
898547 image2 1
Perkampungan Hanok
Seoul Central Mosque South Korea 7
Masjid Utama di Itaewon
Cherry Blossom N Seoul Tower
Menara Namsan di Seoul
program pertukaran guru ke korea 2017
Namsan Cable Car ( Namsal Seoul Tower )

sumber kandungan program KOMTEP 2016, http://komtep.weebly.com/

Dapatkan Borang Permohonan Tawaran Program Pertukaran Guru Malaysia – Korea


Disini admin SGO ingin berkongsikan pautan utama bagi mendapatkan semua borang borang berkenaan permohonan Program Pertukaran Guru Korea-Malaysia (KOMTEP 2017)

Download : Iklan Tawaran KOMTEP 2017 Muat Turun
Download :  Borang Permohonan Muat Turun
Download :  Borang Pemeriksaan Kesihatan Muat Turun
Download :  Borang Kebenaran Pasangan Muat Turun
Download :  Lampiran A1 Muat Turun
Download :  Lampiran D Muat Turun
Download :  Surat Akuan Kesihatan Muat Turun
Download :  Project Plan Muat Turun
Download :  Sample Lesson Plan Muat Turun
Download :  Senarai Semak

Kongsikan pengumuman ini kepada rakan rakan. Manakan tahu rezeki bakal menjengah anda atau rakan terdekat untuk menyertai Program KOMTEP ini.

Sekian terima kasih dan teruskan menyokong kami di SGO.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.