Pelajar Sekolah Perlu Berhati-hati dengan Lelaki Gila Seks

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Pelajar Sekolah Perlu Berhati-hati dengan Lelaki Gila Seks. Pada zaman sekarang pelbagai kes berkaitan jenayah seks dilaporkan. Pelaku seperti tidak takut dengan perbuatan yang telah mereka lakukan. Perogol sekarang cuba untuk memperdaya pelajar sekolah untuk memuaskan nafsu mereka.

Oleh yang demikian, pelajar sekolah perlu lebih berhati-hati. Jangan terlalu percaya dengan orang luar yang tidak dikenali. Mereka ini mencari peluang dan kesempatan untuk jadikan anda mangsa nafsu rakus mereka.

Kebanyakkan remaja sekarang berkenalan dengan lelaki melalui laman soaial seperti Facebook. Banyak kes yang dilaporkan di mana remaja dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali. Mereka mengeluarkan ayat-ayat manis dan memberikan janji-janji sebelum bertindak melakukan gangguan seksual.

Pada 16 Mac lepas BH Online telah melaporkan terdapat lelaki gila seks menggunakan cara paksaan kepada pelajar sekolah. Penjenayah itu menggunakan helah untuk bertanya kepada murid berkenaan.Pelajar berkenaan dilaporkan selamat setelah dia terjun daripada kereta itu. Ikuti kisah ini di Bawah.

 

Waspada Lelaki Gila Seks Sasar Pelajar

KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan diingatkan supaya berwaspada dengan individu tertentu yang berpura-pura bertanyakan sesuatu tetapi dikatakan berniat mengambil kesempatan terhadap mereka.

Ini berikutan kejadian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, yang ditarik masuk ke dalam kereta Proton Wira, di Jalan San Peng, di sini, sekitar jam 7 pagi, Selasa lalu, berhampiran sekolahnya. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman, berkata suspek seorang lelaki berbadan gempal dan berkulit gelap dilaporkan memandu keretanya menghampiri mangsa sebelum bertanyakan jalan untuk masuk ke sekolah.

“Pada masa sama, suspek akan cuba mendekati mangsa yang menghampiri keretanya sebelum memberitahu dia mahu menemui seorang guru di sekolah mangsa. “Suspek kemudian mempelawa mangsa naik keretanya namun disebabkan keengganan mangsa, suspek terus menarik tangannya dan beredar dari kawasan sekolah,” katanya kepada BH.

Sukri berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke Jalan Pudu sebelum kembali semula ke Jalan San Peng dan masuk ke Jalan Loke Yew. “Ketika dalam kereta, suspek bercerita mengenai pelbagai kisah lucah selain menyentuh alat sulit mangsa serta mengarahnya melakukan seks oral,” katanya.

Akibat ketakutan dengan situasi itu, mangsa nekad terjun dari kereta suspek ketika di Jalan Loke Yew, sebelum lari menyelamatkan dirinya. Suspek terus memecut keretanya ke arah Cheras, selepas melihat orang ramai memerhatikan kejadian itu.

Setakat ini pihak polis masih berusaha mengesan suspek berkenaan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Saksi kejadian diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.

Daripada kes ini pelajar perlu lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling. Pelajar langsung tidak boleh mendekati orang yang tidak dikenali. Zaman sekarang kebanyakkan orang mahu mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Begitulah lumrah pada hari ini mahu menolong orang pun rasa tidak selamat.

Ibu bapa dan guru juga perlu lebih peka dan mengambil berat mengenai pelajar sekolah. Di sekolah perlu sentiasa ada ceramah untuk slot seperti ini. Pelajar akan lebih berhati-hati sekiranya perkara ini di dedahkan kepada mereka.

Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana terus menyokong kami dalam mendapatkan maklumat terkini. Jika ada sebarang kisah atau cerita menarik yang mahu dikongsikan boleh berhubung dengan SGO.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum