Panduan Mengisi Borang e-Filing Cukai Pendapatan

cara isi borang lhdn e filling
cara isi borang lhdn e filling

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua.

Panduan Mengisi Borang e-Filing Cukai Pendapatan bagi tahun 2017. Posting ini adalah untuk sahabat sahabat atau kepada saudara saudara kita yang bekerja sektor swasta.

Bagi setiap tahun, 1 Mac hingga 30 April merupakan tempoh yang penting bagi staf sektor swasta untuk mengisytiharkan cukai pendapatan masing masing.

Setelah pengisian e-filing ini, barulah seseorang itu dapat mengambil kembali lebihan bayaran cukai yang telah dibuat bagi tahun tersebut iaitu sesi 2016 untuk situasi terkini.

Jadi, bagaimanakah cara yang betul untuk mengisi e-filing ini? Kami kongsikan langkahnya satu demi satu seperti di bawah

Panduan Mengisi Borang e-Filing LHDN
Panduan Mengisi Borang e-Filing LHDN

Langkah Langkah Mengisi e-filing Cukai Pendapatan

  1. Layari laman web untuk e-filing. Pautan laman web itu adalah ezHasil.

2. Login ke dalam laman web e-filing. Sekiranya anda masih tiada password, anda hanya boleh dapatkan login id dan password di pejabat lhdn sahaja.

login
login ke e-filing

Isikan no kad pengenalan anda dan password. Kemudian tekan hantar.

3. Pilih Borang Cukai Pendapatan yang betul

efiling1
klik pada e-Borang seperti yang ditunjukkan
Pembayar Cukai
Borang
Tarikh Tamat
Employer
E
(e-E)
31 Mac 2017
Residen yang tiada
Perniagaan Sendiri
BE
(e-BE)
30 April 2017
Dilanjutkan 15 Mei 2017 (Untuk e-Filing shj)
Residen yang memiliki 
Perniagaan Sendiri
B
(e-B)
30 Jun 2017
Usahasama
P
(e-P)
30 Jun 2017
Individu Residen
(Pekerja Berpengetahuan/
Pekerja Pakar)
BT
(e-BT)
30 April 2017
(Bagi sesiapa yang tiada
perniagaan sendiri)30 Jun 2017
(Pemilik Perniagaan 

Sendiri)
Individu bukan Residen
M
(e-M)
Individu bukan Residen
(Pekerja Berpengetahuan)
MT
(e-MT)

 

Selepas klik pada e-Borang, kita akan dapat lihat senarai Borang cukai Pendapatan. Sekiranya anda individu tanpa perniagaan sendiri, pilihlah Borang BE(e-BE) dan tahun taksiran adalah 2016.

Peringatan : Fail Cukai Pendapatan 2016 adalah pada tahun 2017.

efiling 2

4. Semak perincian anda.

Pada bahagian, MAKLUMAT INDIVIDU, anda boleh menyemak perincian yang ditunjukkan dalam borang.

Sekiranya anda mahukan lebihan bayaran cukai 2017 kembali terus ke akaun bank anda, disinilah bahagian untuk mengisi perincian akaun bank anda kepada LHDN.

LHDN meletakkan sistem keselamatan yang tinggi bagi memastikan perincian akaun bank pembayar cukai terlindung dari makluman kepada pihak luar.

IT 6

5. Isikan Maklumat Pendapatan Anda

Pada bahagian kedua, PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN, anda boleh isikan maklumat terperinci pendapatan anda mengikut kategori

IT 7

Langkah ini adalah untuk mengesahkan jumlah derma dan hadiah. Ini adalah berkait dengan pemberian anda kepada Institusi kerajaan yang diiktiraf bagi tujuan pengurangan cukai. Sila rujuk laman Intitusi Kerajaan.

Pada bahagian yang sama, semak juga potongan cukai yang ditunjukkan adalah tepat (MTD/PCB). Anda boleh semak pada Borang (EA Form) yang diberi dari majikan anda.

Anda juga boleh mengisi pendapatan tahun sebelumnya pada sub bahagian PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

6. Isikan Maklumat Pelepasan Cukai, Rebat, Tolakan dan Pelepasan.

Pada bahagian PELEPASAN/REBAT/TOLAKAN CUKAI/PELEPASAN CUKAI, anda boleh isikan pelepasan atau pengecualian cukai yang tertentu.

Sila rujuk Pelepasan Cukai Malaysia tahun 2017.

Pemahaman pada bahagian ini membantu anda untuk perbelanjaan secara bijak dan menjimatkan jumlah cukai pendapatan anda.

Pastikan anda lampirkan bukti pembelian untuk item yang bakal ditebus kembali bagi jumlah sehingga tujuh tahun.

e filing 3

7. Semak Jumlah Cukai Yang Berlebihan/ Pengembalian Nilai Cukai

Setelah anda lengkap mengisi e-filing, sistem ini akan mengira secara automatik berapa cukai yang sepatutnya dibayar bagi tahun tersebut.

Anda akan tahu nilai lebihan bayaran anda pada bahagian RUMUSAN.

e filing 4

8. Isytihar, Tandatangan dan Hantar

Langkah terakih adalah pengisytiharan untuk maklumat yang diberikan adalah benar. Kemudian anda akan diminta untuk tandatangan secara eletronik pada borang dengan klik pada (Tandatangan & Hantar).

e filing 5

Sekiranya ingin memeriksa atau menukar sebarang makluman, anda boleh klik pada ‘KEMBALI”.

Berikut adalah langkah langkah lengkap bagi mengisi e-filing. Kelihatan ianya agak mengambil masa bagi pengisian ini namun sebenarnya ianya mudah untuk dilakukan.

Sekiranya anda sukar untuk mengisi makluman kerana tiada komputer peribadi. Bolehlah isikan dengan komputer yang khusus disediakan bagi tujuan e-filing pada IRB Branches.

Sumber : https://www.imoney.my/articles/income-tax-guide-malaysia/malaysia-income-tax-e-filing-guide-2

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan teruskan menyokong kami di SGO.