PAJSK Online oleh KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

pajsk online
PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum

PAJSK Online atau dalam bahasa penuhnya ialah Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PAJSK ini adalah pentaksiran yang perlu di duduki atau diambil oleh semua murid sekolah rendah dan menengah.

Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini dibangunkan bagi kemasukan prestasi berlandaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru. Sistem ini dibangunkan secara atas talian bagi memudahkan pihak berwajib (guru) untuk memasukkan data dengan cepat dan efisien.

Berbeza dengan Sistem Pengurusan Sekolah Modul Murid iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), sistem PAJSK ini adalah khas untuk pentaksiran bukan data murid semata-mata. Ianya mempunya 3 komponen asas penilaian yang akan diterangkan kemudian. Sebelum ini mari kita login dahulu ke dalam sistem ini.

PAJSK Online

Untuk login ke Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini bagi membuat semakan markah kokurikulum atau mengemaskini data baru anda hanya perlu ke login dibawah.

Klik untuk Login ke Sistem Pentaksiran

Minta perhatian, selepas anda ke laman web pentaksiran ini sila pilih sama ada pentaksiran rendah atau menengah kemudian tekan butang mengikut yang tersenarai.

Modul Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum

Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, sistem pentaksiran ini mempunyai 3 modul utama iaitu :

  1. Ujian SEGAK & BMI
  2. Kokurikulum
  3. Ekstra Kurikulum

Untuk kupasan lebih lanjut mengenai 3 modul utama ini boleh lihat di dalam post berikut.

Pengumuman Terbaru PAJSK KPM

Sekolah Rendah

  1. Sistem dibuka dari 9 September 2016 sehingga 31 Januari 2017.
  2. Perhatian, mohon semak dan kemaskini semula data murid bagi aktiviti Badan Beruniform yang bermasalah.
  3. Perhatian, mohon kemaskini semula SEGAK yang tidak mempunyai taksiran.

Sekolah Menengah

  1. Sistem dibuka pada 2 November 2016 sehingga 15 Feb 2017.
  2. Fungsi baru iaitu cetakan bagi murid Tingkatan 1,2 dan 4 telah dibuka.

Pertanyaan Mengenai PAJSK KPM

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada E-mel:

  • aduan.pajsk@moe.gov.my
  • Dapatkan manual penggunaan sistem pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum di sini. (  akan di update nanti )

Sistem Guru Online adalah Komuniti Pendidikan Malaysia anda, jadi jika ada sebarang pertanyaan sila tinggalkan di bahagian komen. Jika berkesempatan dan mampu insyaAllah staff kami akan membantu menjawab persoalan anda.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.