
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
NOTA VOKAL DAN KONSONAN DIGRAF DIFTONG. Berikut merupakan nota bagi salah satu bidang utaman dalam NKRA iaitu Literasi dan Numerasi (LINUS)
Dalam penguasaan awal LINUS, antara kemahiran yang perlu dititikberatkan adalah kemahiran membaca dan menulis digraf, diftong, konsonan berganding serta vokal berganding.
Pada panduan bahasa melayu tahun 2, empat (4) kemahiran yang diutamakan dan sering diulangi adalah digraf, diftong, konsonan berganding dan vokal berganding.
Selain itu, kemahiran ini juga merupakan saringan penting dalam penilaian membaca dan menulis bagi subjek bahasa malaysia.
Mari kita lihat contoh contoh bagi perbincangan ini;
=========================================================
Diftong
Iaitu gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan dalam satu hembusan nafas
kicau pulau kedai murai
=========================================================
Digraf
Iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi, dwihuruf, dwilambang
syif, syabas, syarikat
=========================================================
Vokal Berganding
Maksudnya huruf yang membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i]
kuih kuil suis kuali
=========================================================
Konsonan Bergabung
Maksudnya dua huruf konsonan hadir berturut-turut dan mewakili satu bunyi
kr – aiskrim
st – stor, stesen
bl – blokk
dr – draf
Dapatkan nota lengkap Digraf, Diftong, Vokal Bergabung, dan Konsonan Bergabung
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Terdapat nota di dalam format ‘Microsoft Words’ dan juga ‘Powerpoint’. Para guru bebas untuk menggunakan bahan ini bagi tujuan saringan atau dicetak untuk ditampal pada sudut bahasa dalam sekolah.
Download : diftong dan vokal berganding
Download : diftong digraf vokal berganding konsonan bergabung
Download : perkataan diftong dan vokal berganding
Download : konsonan bergabung
Download : konsonan bergabung
Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu guru bahasa malaysia di seluruh malaysia.
Semoga bermanfaat dan sila kongsikan bahan ini kepada para guru yang lain.
Terima kasih.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.