TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

Murid Tumbuk Guru, Salah Siapa?

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
murid tumbuk guru salah siapa
murid tumbuk guru salah siapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Murid Tumbuk Guru

Kulim: Pelajar tingkatan empat ditahan reman tiga hari selepas dipercayai menumbuk guru lelaki di sekolah menengah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, pelajar terbabit ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada guru berusia 50 tahun itu pada 11 pagi semalam dan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya, mengikut laporan kejadian dikatakan berlaku ketika pelajar terbabit berada di dalam pejabat sekolah untuk sesi soal siasat selepas terbabit pergaduhan dengan pelajar lain di dalam kelas.

“Dalam kejadian 9.30 pagi itu, pelajar berkenaan terbabit bergaduh dengan rakan sekelasnya ketika masing-masing sedang mengikuti ujian seni lukis, sebelum cuba dileraikan oleh guru wanita bertugas dan pelajar lain.

“Ketika pergelutan berlaku pelajar berkenaan mengambil sekeping cermin tingkap nako yang berada berhampiran dengannya lalu melibas ke arah beberapa pelajar yang cuba meleraikan pergaduhan menyebabkan tiga pelajar cedera dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kulim,” katanya dihubungi di sini, hari ini.

Abdullah berkata, selepas pergaduhan dileraikan tiga pelajar dibawa ke pejabat guru yang bertugas untuk sesi soal jawab berhubung pergaduhan itu termasuk suspek.

“Ketika sesi soal jawab itu suspek naik berang sebelum menumbuk muka guru terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

 

Faktor dan Langkah Mengatasinya

Tergamak seorang murid berkasar dengan guru gara-gara di soal siasat mengenai kesalahan bergaduh dengan rakan. Sebelum ini terdapat juga kes yang sama murid menumbuk guru disiplin.

Persoalan di sini, mana nilai moral seorang murid? Perasaan hormat kepada guru sudah tiada lagi di kalangan murid. Mereka menganggap guru sebagai rakan mereka yang boleh bersikap kurang ajar. Mengapa generasi sekarang sudah tidak bermoral? Salah siapakah dalam hal ini?

Antara faktor murid jadi tidak bermoral ialah institusi keluarga itu sendiri. Rumah merupakan kilang yang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal membentuk anak-anak maka hasilnya anak-anak akan jadi tidak bermoral.

Disini ibu bapa perlu memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak mereka supaya mereka rasa dihargai. Pada zaman sekarang ibu bapa terlalu sibuk mencari duit sehingga lupa tanggungjawab sebenar mereka iaitu menjaga amanah Allah. Aktiviti anak-anak tidak dipantau menyebabkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja.

Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang terlalu manjakan anak mereka. Semua yang anak mereka lakukan adalah betul. Ibu bapa terlalu percayakan anak sehingga mereka tidak takut melakukan masalah di sekolah.

Paling utama ibu bapa perlu pantau dengan siapa anak mereka berkawan. Hal ini kerana pengaruh kawan adalah antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu. Sekiranya silap memilih kawan pasti rosaklah akhlak seseorang.

Murid juga mudah terpengaruh dengan adegen-adegen di dalam filem dan drama. Cerita sekarang tidak seperti dulu yang banyak nilai murni diterapkan. Murid suka mengikut gaya samseng yang dilakonkan dalam cerita mereka lihat. Oleh yang demikian, seharusnya kerajaan perlu menapis filem-filem yang tidak sesuai di tonton oleh golongan muda.

Oleh yang demikian semua pihak perlu berperanan bagi memastikan golongan muda lebih mempunyai nilai moral yang tinggi. Di sekolah guru-guru perlu sentiasa terapkan nilai dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak mereka.

Akhir kata, terima kasih kerana terus menjadikan SGO sebagai medan untuk mendapatkan berita terkini.

Kredit to My Metro.

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum