Modul Soalan KBAT Matematik Dengan Jawapan

Modul Soalan dan Jawapan KBAT Matematik
Modul Soalan dan Jawapan KBAT Matematik

Modul Soalan KBAT Matematik Dengan Jawapan. Semua sedia maklum bahawa format terkini untuk UPSR ialah mempunyai soalan KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Latihan yang banyak perlu diberikan kepada murid supaya murid tiada masalah untuk menjawab soalan KBAT. Murid yang tidak mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif agak sukar untuk menjawab soalan berbentuk KBAT.

Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang pelajar itu.

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk ‘Wajarkan’, ‘Cadangkan’, ‘Ramalkan’ adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah soalan-soalan yang sebegitu.

 

Dapatkan Modul Soalan KBAT Matematik Dengan Jawapan


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Modul KBAT

Diharap perkongsian ini dapat membantu guru yang mencari contoh-contoh soalan KBAT Matematik. Jika bahan ini bermakna kongsikan kepada rakan-rakan guru yang lain.

Semoga calon UPSR bagi tahun 2017 akan mencapai kejayaan yang cemerlang melalui latih tubi dari sumber kami ini.

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |