Manual eOperasi Guru Yang Lengkap

Manual eOperasi Guru Yang Lengkap
Manual eOperasi Guru Yang Lengkap

Manual eOperasi Guru yang lengkap ini ialah khas untuk para guru yang tidak biasa dengan penggunaan laman web eOperasi. Manualnya sangat ringkas dan mudah kerana ianya sememangnya menjadi matlamat utama penyediaan manual ini.

E Operasi yang sudah diketahui sebagai salah satu modul khas di bawah Sistem Pengurusan Sekolah SPS yang telah dilancarkan pada 1 Januari 2015. Berikut admin ingin kongsikan beberapa langkah atau manual ringkas mengenai web rasmi eoperasi kpm ini.

Sebelum ini berikut admin kongsikan login ke login eOperasi iaitu

Dapatkan Manual Penggunaan Web eOperasi


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Manual_Pengguna_am_e-Operasi

Didalam manual tersebut, apa yang anda akan dapat ialah seperti berikut.

interface eOperasi
interface eOperasi

Laman utama e-Operasi memaparkan beberapa maklumat penting iaitu Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian.

Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan Nombor Kad Pengenalan dari JPN yang telah didaftarkan.

Paparan mesej ralat bertujuan memaklumkan pengguna sekiranya butiran yang dimasukkan di Log Masuk tidak tepat. Bantuan yang disediakan di e-Operasi adalah berkaitan lupa kata laluan, tukar kata laluan, dan pendaftaran pengguna.

Pendaftaran Pengguna

Manual eOperasi Guru Yang Lengkap
Manual eOperasi Guru Yang Lengkap

Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.

Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

Manual Penggunaan eOperasi
Manual Penggunaan eOperasi

Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.

kata laluan eoperasi salah
kata laluan eoperasi salah

Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh mendapatkan semula kata laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada di laman utama e-Operasi. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.

tukar kata laluan eoperasi
tukar kata laluan eoperasi

Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan yang berada di laman utama e-Operasi. Semua ruangan wajib diisi. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna.

masuk eoperasi
masuk eoperasi

Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kp. Senarai menu disediakan di sebelah kiri. Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna. Sekiranya terdapat maklumat tidak tepat, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

telegram sistem guru online