
Lokasi Menarik Musim Bunga di Korea bagi tahun 2017. Musim Sejuk di Korea Selatan akhirnya telah habis dan musim dingin sudahpun beralih kepada musim lebih panas.
Ini bermakna musim bunga “Cherry Blossoms” bakal tiba dalam waktu terdekat. Detik teristimewa di Korea yang ditunggu tunggu akan menjelma iaitu – Cherry Blossom!.
Diantara perkara yang paling popular di Korea yang menarik pelancong dari pelbagai pelusuk negara ialah pemandangan Musim Bunga yang menakjubkan.
Pada musim bunga, terdapat pelbagai tempat diseluruh Korea dimana anda boleh melihat keindahan warna pink muda bunga ceri.
Bagi tahun 2017, anda bolehlah melihat spot menarik bagi Cherry Blossoms melalui senarai di bawah. Mari lihat bersama sama.
Ringkasan tentang Cherry Blossoms di Korea
Cherry blossom ini hampir sama dengan acara bunga sakura di Jepun. Di Korea ianya dikenali sebagai beot-kkot (벗꽃). Pokok Cherry blossom sangat mudah dijumpai di Korea dan bunganya telah menarik pelbagai pelancong setiap tahun semata mata untuk melihatnya sahaja.
Kebanyakan Pokok Cherry di Korea dipercayai agak berbeza dengan di Jepun. Pokok Cherry Korea dikatakan Raja Cherry yang berasal dari Pulau Jeju. Pulau Jeju juga merupakann tempat pertama yang berbunga setiap tahun dibandingkan tempat lain.
Tarikh Cherry Blossoms di Korea Tahun 2017
Tempat di Korea | Jangkaan Tarikh Berbunga 2017 |
---|---|
Busan | Mac 26 |
Cheongju | Apr 4 |
Chuncheon | Apr 9 |
Daegu | Mac 26 |
Daejeon | Apr 2 |
Gangneung | Apr 1 |
Gwangju | Mac 29 |
Incheon | Apr 10 |
Jeonju | Mac 31 |
Seogwipo/Jeju | Mac 21 |
Pohang | Mac 26 |
Seoul | Apr 6 |
Suwon | Apr 8 |
Tongyeong | Mac 25 |
Yeosu | Mac 29 |
1. Yeouido Cherry Blossom Festival
Korean: 영등포 여의도 봄꽃축제
Tarikh: April 1 ~ 9, 2017
Festival Cherry Blossom paling dikenali di Seoul adalah Yeouido Cherry Blossom festival. Ia juga dikenali sebagai Yeongdeungpo Yeouido Spring Flower Festival.
Pada waktu festival, kita dapat melihat 1,400 pokok cherry yang berbunga penuh. Disini juga terdapat pertunjukkan jalanan, food truck dan pelbagai acara yang berlainan. Anda juga dapat melihat keindahan Sungai Han semasa festival ini.
Alamat(English): Gukhoe-daero, Yeongdeungpo-gu, Seoul
Alamat (Korean): 서울특별시 영등포구 국회대로
2. Seokchon Lake Cherry Blossom Festival (Jamsil)
Cherry blossoms in Jamsil near Lake Seokchon
Korean: 석촌호수 벚꽃축제
Tarikh: April 1 ~ 10, 2017
Bagi sesiapa yang minat fotografi, festival ini sesuai untuk anda. Dalam timur Seoul, Tasik Seokchon adalah tempat mudah didapati untuk melihat Cherry Blossoms di korea dan mengambil foto dengan pantulannya dalam air.
Sebagai tambahan, Lotte World juga berdekatan dan bolehlah anda bersama rakan rakan menikmati permainan permainan dalam taman ini.
Alamat (English): 148, Jamsil-ro, Songpa-gu, Seoul
Alamat (Korean): 서울특별시 송파구 잠실로 148
3. Cherry Blossoms di Universiti Kyunghee
Korean: 경희대학교
Universiti Kyunghee di utara seoul adalah berbaloi untuk dinikmati. Kampus yang cantik dan konsep zaman universiti pertengahan membuatkan latar belakang pemandangan ini amat menarik.
Universiti ini juga merupakan universiti yang amat dikenali di Korea.
Alamat (English): 26 Kyungheedae-ro, Dongdaemun-gu, Seoul
Alamat (Korean): 서울특별시 동대문구 경희대로 26
4. Cherry Blossoms in Seoul Forest
In Korean: 서울숲
Seoul Forest amat sesuai untuk menghindari dari kawasan yang lebih sibuk. Disini terdapat banyak ruangan dan anda boleh bergerak sekeliling taman dengan lebih mudah walaupun taman ini sememangnya masyhur.
Anda boleh juga bawa tikar dan snek untuk berkelah di bawah pohon ceri di sini. Ianya sesuai untuk tema romantis sambil berkelah.
Alamat (English): 273 Ttukseom-ro, Seongdong-gu, Seoul
Alamat (Korean): 서울특별시 성동구 뚝섬로 273
5. Cherry Blossoms at Seoul Grand Park
Dalam Korean: 서울대공원
Tasik besar ini terdapat di Taman Tema Seoul di mana terdapat banyak pohon ceri di sekelilingnya. Disini juga terdapat zoo, taman tema, dan muzium seni moden.
Sekiranya anda ingin melihat keindahan alam bersama sama melihat haiwan haiwan hutan, pemanduan pelancongan juga terdapat di kawasan ini.
Alamat (English): 102 Daegongwongwangjang-ro, Gwacheon-si, Gyeonggi-do
Alamat (Korean): 경기도 과천시 대공원광장로 102 (막계동)
6. Cherry Blossoms di Istana Seoul
Gyeongbokgung Palace With Cherry Blossom In Spring,korea
Korean: 덕수궁, 창덕궁, 경복궁 , 창경궁, 운현궁
Terdapat lima istana besar di dalam Seoul, semuanya adalah lokasi menarik bagi Cherry Blossoms. Lima Istana tersebut adalah Istana Changdeokgung, Istana Deoksugung, Istana Unhyeongung, Istana Changgyeonggung, dan Istana Gyeongbokgung .
Bagi kumpulan fotografer, musim cherry blossoms adalah peluang yang sempurna untuk anda menangkap foto foto yang amat cantik secara semula jadi.
Arkitektur istana Gyeongbokgun atau Changdeokgung umpamanya sangat cemerlang bagi mendapatkan foto yang menakjubkan.
Di belakang Istana Changdeokgung, Istana Changgyeonggung adalah tempat menarik untuk dijejaki melalui bas atau subway kepada stesen Hyehwa.
Pokok Cherry Jepun ataupun Sakura ini telah ditanam di Istana Changgyeonggung sewaktu zaman penaklukan Jepun di Korea, dan disebabkan itu pohon cherry Jepun di sini lebih banyak dari istana lain di Seoul.
Gyeongbokgung Palace With Cherry Blossom
Cherry Blossoms in Gyeonggi Region
Cherry Blossoms di luar Seoul
1. Cherry Blossoms at Nami Island
Dalam Korean: 남이섬
Ianya merupakan spot romantik bagi melihat Cherry Blossoms dalam Korea bagi tahun 2017. Pulau ini diliputi Cherry Blossoms pada musim bunga menjadikan ia tempat menarik untuk dilawati,
Fakta Menarik : Tiada tiang telefon di pulau ini. Untuk menjana elektrik di pulau ini, setiap kabel adalah ditanam di bawah tanah bagi memastikan pemandangan pulau ini lebih semula jadi.
Alamat (English): 1 Namisum-gil, Namsan-myeon, Chuncheon-si, Gangwon-do
Alamat (Korean): 강원도 춘천시 남산면 남이섬길 1
2. Cherry Blossoms di Jinhae Gunhangje Festival
Jinhae Gunhangje Festival in Korea
Dalam Korean: 진해군항제
Tarikh: April 1 ~ 10, 2017

Salah satu tempat paling popular semasa musim bunga di Korea adalah Bandar Kecil Jinhae. Ianya dikenali sebagai Akademi Laut, sekali setiap tahun, pada minggu pertama bulan april.
Jinhae merupakan hos kepada ribuan pelancong yang datang dari pelbagai negara untuk melihat pohon cherry.
Pada waktu ini, tapak Navy yang mana selalu dilarang akan dibuka kepada publik agar anda boleh memahami sejarah Panglima Lee Sun-Shin dan melihat replika Turtle Ships yang terkenal.
Festival Jinhae Gunhangje dibuat pada simpang Jinhae Jungwon Rotary. Selain Cherry Blossoms, anda juga boleh melihat pertunjukan seni dan budaya yang dibuat di Market Paldo Pungmul.
Jinhae Gunhangje Festival Korea
Alamat (Korean): 경상남도 창원시 진해구 통신동
3. Hwagae Cherry Blossoms Festival
Tarikh : April 1 ~ 2, 2017
Lokasi taman ini berdekatan bandar Daegu. Festival di sini amat popular untuk Cherry Blossoms dan dikenali sebagai ‘Marriage Road’.
Address (English): Maekjeon-gil, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
Address (Korean): 경상남도 하동군 화개면 맥전길
Jadi berikut adalah merupakan antara spot yang menarik untuk melihat cherry blossoms di Korea Selatan.
Kami di SGO sekadar berkongsi keindahan ini dan berniat agar sesiapa yang mungkin akan melawati Korea Selatan sempat pergi ke lokasi lokasi menarik ini agar pelancongan anda dimanfaat sepenuhnya.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum