
eOperasi Modul Pengurusan Guru ini ialah salah satu modul pengurusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem pengurusan sekolah ini dibahagikan kepada 3 modul pengurusan KPM seperti dibawah.
Ketiga-tiga modul utama ini dibawah Sistem Pengurusan Sekolah yang boleh di LOG IN melalui Single-Sign-On Kementerian Pendidikan Malaysia atau lebih dikenali sebagai SSO KPM.
Login e Operasi Modul Pengurusan Guru

Login e Operasi disini Untuk Kemaskini Data Anda
Update 29 Ogos 2019 
Muat turun Dokumen yang Berkaitan dengan Modul Pengurusan Guru e-Operasi KPM
Pengumuman Terkini daripada e-Operasi KPM
PEMAKLUMAN MENGENAI PENYEDIAAN PERMOHONAN ABM(P) TAHUN 2020
Dimaklumkan bahawa penyediaan permohonan ABM(P) Tahun 2020 bagi sekolah-sekolah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan dilaksanakan secara dalam talian melalui Modul Pengurusan Guru (MPG) Modul e-OPERASI mulai 11 Mac 2019 hingga 29 Mac 2019 manakala sekolah-sekolah di bawah kawalan Bahagian (Sektor Operasi Pendidikan) dilaksanakan secara format manual mulai 11 Mac 2019 hingga 22 Mac 2019.
Surat pemakluman penyediaan dan garis panduan penyediaan ABM(P) Tahun 2019 boleh dimuat turun melalui MPG Modul e-Operasi mulai 7 Mac 2019.
Sekian.
eoperasi – Cara Buat Semakan Maklumat dan Pengesahan Maklumat
MAKLUMAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MEMBERI KEBENARAN AKSES DI PERINGKAT SEKOLAH HANYA KEPADA PENGETUA/GURU BESAR, PENOLONG KANAN DAN PEMBANTU TADBIR UNTUK MENYEMAK, MENGEMASKINI DAN MENGESAH MAKLUMAT GURU. MANAKALA GURU-GURUDIKEHENDAKI MENYEMAK DAN MENGESAHKAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN MASING-MASING.
ID PENGGUNA DAN KATALALUAN TIDAK BOLEH DIKONGSI ATAU DITURUN KUASA.
RUJUKAN :
- SURAT MAKLUMAN KPMSP.100-11.2.2 (24) BERTARIKH 20 JANUARI 2016, (LAMPIRAN D)
- PEKELILING ICT BIL 1. TAHUN 2012 DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA , KP.BPM(S).100-11/1/4 JLD 2 (61) BERTARIKH 19 MAC 2012
eOperasi Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
e-Operasi merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.
Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru).
Sasaran Pengguna e Operasi KPM
Sasaran pengguna utama modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru). Perincian adalah seperti berikut:
2.1 Pengguna
2.1.1 Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;
2.2 Pentadbir Sistem
2.1.1 Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.
Manual Penggunaan e Operasi Guru
Manual penggunaan e Operasi ini sebenarnya sangat mudah. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Interface, pendaftaran eOperasi, Log Masuk, Lupa kata laluan dan tukar kata laluan.
Interface e Operasi

Manual Penggunaan eOperasi
Untuk mendapatkan manual penggunaan web eoperasi kpm ini yang lebih details anda disarankan untuk download dipost yang telah dikongsikan dibawah.
Surat Siaran & Makluman e Operasi
Pertanyaan dan Masalah e Operasi
Kepada semua guru, untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan sistem aplikasi sila emel kepada :
- Pentadbir Sistem
Jom Sertai Kami 
Sertai kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.
kemaskini maklumat guru (untuk diri saya sendiri)