Login EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah SPS

Login EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah SPS
Login EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah SPS

Sistem Pengurusan Sekolah atau EMIS Online iaitu satu sistem yang masih lagi baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah. Sistem Login EMIS Online ini dilaksanakan bertujuan untuk urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Sistem ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada 3 iaitu terdiri daripada:

  • Modul Pengurusan Sekolah (EMIS)   
  • Modul Pengurusan Guru (eOperasi)
  • Modul Pengurusan Murid (APDM)

Semuanya boleh di login melalui Single-Sign-On Kementerian Pendidikan Malaysia atau SSO KPM. Tetapi EMIS ini adalah khas untuk pengurusan sekolah sahaja dan bukan semua guru boleh mengakses atau login ke sistem pengurusan sekolah EMIS Online ini.

Login EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah

Login EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah SPS
Login EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah SPS

 Klik Pada Link untuk Login

EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah

Sebelum pergi jauh, adakah anda tahu apa itu EMIS. Kenapa ianya di panggil EMIS dan kenapa ianya penting dalam sistem Pendidikan Malaysia. Jika anda belum cukup mahir dan belum faham sepenuhnya, baca ini.

Kegunaan Data EMIS

Seperti yang telah dikongsikan, EMIS ini sangat penting dan sebenarnya memberikan pelbagai maklumat terperinci yang berguna. Mari kita lihat pelbagai kegunaan data EMIS sekaligus membuktikan pengisian EMIS bukanlah satu sistem mengarut bahkan sangat diperlukan dalam dunia pendidikan sekarang.

Kegunaan data EMIS adalah seperti berikut:

  1. Perancangan pembangunan lima tahun (Rancangan Malaysia)
  2. Semakan data guru oleh SPR
  3. Unjuran guru
  4. Anggaran belanja mengurus perjawatan (ABM)
  5. Pemberian elaun pedalaman
  6. Latihan dalam perkhidmatan
  7. Pemantauan peralatan
  8. Semakan data guru oleh bahagian tajaan
  9. Semakan data guru oleh PTPTN
  10. Kajian sikap kakitangan awam oleh SPR
  11. Jawatankuasa pelaksana kemasukan murid berumur 5 tahun ke tahun 1
  12. Jawatankuasa pengambilan GSTT
  13. Semakan status hak milik tanah (BPPA)
  14. Semakan gred urusan kenaikan pangkat oleh SPP
  15. Pasukan kerja analisis data pengisian/ penyandang di KPM (BPSM/JPA)
  16. Audit fizikal YB Timbalan Menteri Pelajaran (Jabatan Perdana Menteri)

Kemas Kini: 12/4/2021

Pengemaskinian Maklumat Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (BIMLTK/EKMLTK)
bagi Tahun 2021

Pihak sekolah hendaklah mengemaskini modul EKMLTK (BIMLTK) Siri Kutipan 2021 sebagai panduan dalam penentuan kategori pedalaman sekolah. Tarikh kemaskini EKMLTK dalam EMIS ialah 1 Mac 2021 hingga 30 April 2021.

Negeri-negeri yang terlibat untuk pengisian ini ialah negeri:

  1. Johor
  2. Kelantan
  3. Terengganu
  4. Pahang
  5. Perak
  6. Sabah
  7. Sarawak

Tatacara Aduan Teknikal EMIS dan
Borang Aduan Teknikal EMIS

  • Tatacara dan borang aduan boleh dimuat turun pada menu Fungsi Lain.
  • Pengguna dikehendaki mengisi maklumat yang diperlukan pada borang tersebut dengan jelas serta mudah difahami.
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke: emisonline@moe.gov.my
  • Pihak BPPDP akan menghubungi pengadu melalui emel yang sah sahaja (emel rasmi sekolah).
  • Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Helpdesk EMIS di talian 03-8884 6532.

Hubungi EMIS Online

Alamat:

Sektor Data Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Aras 1-4, Blok E8, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya Malaysia

Telefon : 03-8884 6532
Faks : 03-8884 6546
Emel : emisonline@moe.gov.my

Kesimpulannya, Sistem Pengurusan Sekolah atau EMIS Online ini sememangnya dapat membantu untuk melicinkan urusan pentadbiran dan pengurusan sesuatu sekolah akibat daripada pengintegrasian kemajuan teknologi dalam bidang pendidikan.

REVIEW OVERVIEW
Kepentingan Sistem
Pengurusan Sistem
Kebolehpercayaan Sistem
Previous articleEMISonline Aplikasi Rasmi KPM dibawah Sistem Pengurusan Sekolah
Next articleSenarai Website JPN Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia
login-emis-online-sistem-pengurusan-sekolah-spsSistem yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM ini dilihat sangat bagus dari segi tujuan utama ianya dibina.Kami di SGO berharap sistem pengurusan online semua sistem KPM boleh ditingkatkan dari segi capaian, dan permudahkan segala sistem yang ada untuk diuruskan dalam 1 website.