
Latihan Karangan Bahasa Melayu UPSR. Bahasa Melayu penulisan merupakan satu mata pelajaran yang menyumbang gred kepada murid. Mata pelajaran ini diasingkan daripada Bahasa Melayu Pemahaman.
Bahasa Malaysia Penulisan mempunyai 3 bahagian iaitu Bahagian A bina 5 ayat, Bahagian B Ulasan dan Bahagian C menulis karangan. Jumlah markah keseluruhan ialah 50 markah.
Dalam Bahasa Melayu Penulisan, murid perlu selalu membuat latih tubi. Kaedah latih tubi ini sangat baik untuk membiasakan murid menulis karangan yang bagus. Murid perlu kerap menulis karangan supaya mereka menjadi lebih mahir dalam menghasilkan karangan yang berkualiti.
Waktu di sekolah sebanyak 12 waktu sangat cukup untuk guru membuat latih tubi berterusan. Murid juga perlu dibekalkan dengan contoh-contoh karangan yang berkualiti supaya mereka dapat idea untuk menghasilkan karangan yang baik.
Dapatkan Latihan Karangan Bahasa Melayu
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â
Latihan Karangan Bahasa Melayu Set 1
Latihan ini guru boleh gunakan kepada semua peringkat pengetahuan murid. Perbanyakkan dan berikan kepada semua murid. Guru juga boleh satukan semua latihan ini dan jadikan sebagai modul.
Diharapkan latihan ini dapat membantu guru dalam memberi latihan kepada murid. Semoga murid dapat membuat karangan dengan lebih baik dengan adanya latihan yang dibekalkan kepada mereka.
Guru-guru boleh kongsikan latihan kepada guru yang lain. Perkongsian daripada anda mungkin dapat membantu guru-guru di luar sana. Sekiranya ada bahan latihan lain boleh kongsikan kepada kami untuk kami kongsikan di dalam SGO.
Akhir kata, terima kasih kerana terus menyokong kami. Sokongan daripada semua amat diperlukan oleh SGO dalam bersama-sama memajukan sistem pendidikan di Malaysia.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum