3 Komponen PAJSK KPM Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum

3 komponen pajsk kpm
komponen pajsk kpm pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum

Komponen PAJSK KPM yang paling utama dapat dibahagikan kepada 3. Secara asasnya PAJSK ini terbahagi kepada komponen SEGAK & BMI, Kokurikulum dan terakhir sekali ialah Ekstra Kurikulum.

3 Komponen PAJSK KPM

  1. SEGAK dan BMI (Body Mass Index)
  2. Kokurikulum
  • Sukan/Permainan
  • Kelab/Persatuan
  • Badan Beruniform

3. Ekstra Kurikulum

 

Komponen yang di Taksir dalam PAJSK

Pentaksiran ini melibatkan pelaporan dan aktiviti atau penglibatan murid. Segak & BMI contohnya hanya melibatkan guru melaksanakan ujian di sekolah. Manakala kokurikulum dibahagikan kepada sukan permainanan, kelab persatuan, dan badan uniform. Kokurikulum pula lebih kepada aktiviti kokurikulum murid pada waktu kokurikulum di sekolah.

Ekstra kurikulum pula sedikit berbeza, ianya seperti sahsiah murid dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan atau kerja sukarela. Mari kita lihat gambar dibawah untuk lebih memahaminya.

3 komponen pajsk
3 komponen pajsk

Dari segi pemarkahan PAJSK, setiap modul ini memberi markah yang berlainan. Contohnya seperti berikut.

pemarkahan pajsk
pemarkahan pajsk pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum

Ya, begitulah secara mudahnya contoh pembahagian pentaksiran PAJSK ini. Oleh sebab itu, ibubapa terutama perlu paham bertapa pentingnya penilaian PAJSK ini kerana sebenarnya ianya turut menyumbang markah dalam penempatan murid untuk ke IPTA.

Cara Pengiraan Markah Sukan & Kokurikulum

Seperti yang Sistem Guru Online nyatakan, markah PAJSK anda sangat penting kerana ianya memberi credit 10% untuk anda ke IPTA. Contoh mudah kepentingan markah ini ialah katakan situasinya seperti berikut.

  1. Siti Saleha binti Fakrul Razi
  • Keputusan SPM 8A+ 1A
  • Memohon UPU Online Program Asasi Perubatan di UIA
  • Cemerlang PAJSK dengan markah 9.5%

2. Nurfahiza binti Mahmud

  • Keputusan SPM 8A+ 1A
  • Memohon UPU Online Program Asasi Perubatan di UIA
  • Keputusan PAJSK hanya membawa markah 4.5%

Persoalan mudah, jika pada tahun ini penempatan ke IPTA sangat hebat saingannya kerana ramai yang cemerlang dalam SPM lalu maka hanya tinggal 1 sahaja penempatan di UIA untuk program asasi perubatan. Anda rasa siapa yang akan terpilih?

Baiklah untuk lebih nampak lagi cara pengiraan markah ini mari admin kongsikan gambaran pengiraan markah PAJSK ini.

Pengiraan Markah dalam PAJSK
Pengiraan Markah dalam PAJSK

 

Kesimpulan

Diharap apa yang dikongsikan oleh kami ini dapat membuka mata murid dan ibubapa sekalian bertapa pentingnya murid semua untuk aktif dalam bidang kokurikulum kerana ianya membantu mereka untuk penempatan IPTA nanti.

Selain itu, PAJSK juga memberikan kesedaran kepada murid untuk hidup dalam gaya hidup yang sihat. Kesihatan perlu diutamakan dan barulah badan cergas otak bijak.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum