Kertas UPSR Sebenar 2016 Lengkap

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Kertas UPSR Sebenar 2016 Lengkap
Kertas UPSR Sebenar 2016 Lengkap

Kertas UPSR sebenar 2016 lengkap amat diperlukan oleh guru tahun 6 bagi tahun 2017. Hal ini kerana calon UPSR 2016 ini adalah cohort pertama bagi KSSR iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah di mana kurikulum ini merupakan kurikulum terbaru yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Calon yang mendapat semua A iaitu kira-kira 5000 orang di seluruh Malaysia merupakan murid yang benar-benar pandai. Hal ini kerana format baru ini diakui sangat KBAT dan menguji tahap kebolehan murid.

Oleh itu wajarlah di tahun 2017 ini, soalan UPSR 2016 ini perlu ditadbir ke atas murid bagi menilai pencapaian dan prestasi mereka sebelum UPSR berlangsung. Set ini boleh diberi secara berulang-ulang bagi memastikan murid terbiasa dengan format yang baru.

Ibubapa perlu tahu bahawa KPM sekarang ini menetapkan untuk mencari murid yang berkualiti terutamanya dalam penyelesaian soalan berasaskan KBAT untuk mengangkat standard pendidikan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju.

Kalau di peringkat UPSR, anak gagal mendapat semua A tidak perlu terlalu kecewa kerana situasi sekarang tidak sama dengan situasi yang lalu.

 

Dapatkan Soalan UPSR 2016


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Bahasa Melayu Pemahaman

Bahasa Melayu Penulisan

Bahasa Inggeris Pemahaman

Bahasa Inggeris Penulisan

Matematik Kertas 1

Matematik Kertas 2

Sains Kertas 1

Sains Kertas 2

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan oleh para guru terutama guru Tahun 6.

Jangan lupa share kepada kawan-Kawan pada group whasapp dan telegram. Klik button share. Saling bantu membantu antara satu sama lain.

Jika ada bahan yang terkini boleh hubungi SGO untuk dikongsikan kepada semua guru di Malaysia ini, Perkongsian daripada anda amat diperlukan oleh guru di luar sana. Sila emailkan sebarang bahan di [email protected]

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |