
Sila Log in ke laman web UPU, caranya seperti berikut.
Sebelum anda login ke laman web rasmi UPU, pastikan anda sudah mendapatkan PIN BSN dengan membelinya di Bank Simpanan Nasional BSN.
Manual Pengguna UPU Online Bagi Lepasan SPM & STPM
1. LAMAN UTAMA DAN PENDAFTARAN
- Pada Laman Log Masuk, pemohon perlu memasukkan ‘No Kad Pengenalan’ dan ‘Kata Laluan’ untuk Log Masuk ke dalam Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar.
- Pemohon hendaklak membuat ‘DAFTAR AKAUN BARU’ bagi membolehkan pemohon Log Masuk dan seterusnya melakukan permohonan kemasukan ke ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA Sila pastikan komputer yang anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader bagi tujuan mencetak Slip Permohonan. Jika tiada perisian ini, sila layari laman web http://get.adobe.com/reader dan instalasi perisian tersebut sebelum mengemukakan permohonan. Pemohon dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Pemohon dikehendaki menyelesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan untuk calon lain.
- Pada ruangan Daftar Akaun Baru, pemohon perlu mengisi Maklumat Pemohon, dan Maklumat Keselamatan Akaun. Semua maklumat ini WAJIB diisi.
- Pemohon wajib mengisi No. Kad Pengenalan/MyKAD sebenar tanpa tanda ‘-‘. Pastikan No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah BETUL mengikut kad pengenalan anda.Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan anda. Contoh: 123456789101.
- Pemohon wajib mengisi Alamat E-Mail. Masukkan Alamat E-Mail yang Sah.
- Pemohon wajib mengisi Nama Ibu. Masukkan nama yang ringkas dan mudah diingati.
- Pemohon wajib mengisi Kata Laluan. Kata laluan mestilah terdiri daripada gabungan nombor dan huruf atau angka dan huruf di antara 6-8 aksara. Contoh: abc123/123abc/a123b.
- Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama seperti kata laluan yang telah dimasukkan di atas.
- Pemohon wajib mengisi Kod Keselamatan. Pastikan kod yang dimasukkan sama seperti yang tertera. Sekiranya kod yang dipaparkan kurang atau tidak jelas, sila klik butang Refresh pada browser anda.
- Setelah selesai mengisi ruangan daftar sila klik ‘Daftar’ untuk menyelesaikan pendaftaran.
- Setelah berjaya Log Masuk, Info Permohonan akan dipaparkan. Tekan butang seterusnya.
- Pemohon diwajibkan memilih Program Pengajian dan Kategori yang betul. Untuk makluman, sila rujuk ‘[InfoKategori]’.
2. BORANG MAKLUMAT PERIBADI
- No Kad Pengenalan/MyKAD adalah maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran sistem.
- No Kad Pengenalan/MyKAD (semasa pendaftaran peperiksaan) adalah maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran peperiksaan. Maklumat ini penting sekiranya No. Kad Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad Pengenalan sebenar.
- Pemohon wajib mengisi Alamat Surat Menyurat. Sila pastikan alamat anda adalah betul. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan anda gagal dihubungi.
- Pemohon wajib mengisi ‘Bandar’.
- Pemohon wajib mengisi ‘Poskod’. Sila pastikan hanya nombor sahaja yang dimasukkan.
- Pemohon wajib mengisi ‘Negeri. Sila buat pilihan.
- Pemohon perlu mengisi ‘Telefon Rumah’ ATAU ‘Telefon Bimbit’. Pemohon wajib mengisi salah satu atau kedua-dua nombor telefon. Sebarang kesilapan semasa mengisi maklumat ini akan menyebabkan pemohon gagal dihubungi.
- Pemohon perlu mengisi No Telefon Bapa/Ibu/Penjaga. Maklumat ini wajib diisi dan alternatif sekiranya pemohon tidak dapat dihubungi.
- Pemohon wajib mengisi ‘Emel’. Pastikan alamat emel yang dimasukkan mengikut format tepat.
- Pemohon wajib mengisi ‘Tarikh Lahir’. Klik pada ikon . Pop-up kalendar seperti rajahdi bawah akan terpapar. Sila pastikan tarikh yang dipilih tepat.
- Pemohon wajib mengisi Tempat Lahir. Pilih maklumat negeri kelahiran dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi Taraf Kewarganegaraan. Pilih maklumat kewarganegaraan dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi Taraf Perkahwinan. Pilih maklumat perkahwinan dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi maklumat Agama. Pilih maklumat agama dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi maklumat Kaum. Pilih maklumat kaum dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi Status Pekerjaan. Pemohon. Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.
- Pemohon perlu mengisi Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi maklumat Kecacatan.
- Sila klik butang SIMPAN & SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.
3. BORANG MAKLUMAT KELUARGA
- Pemohon wajib mengisi No Kad Pengenalan Bapa/Penjaga/Ibu tanpa tanda ‘-‘. Contoh: 123456789101.
- Pemohon wajib mengisi Taraf Kewarganegaraan Bapa/Penjaga/Ibu’. Pilih maklumat kewarganegaraan dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi maklumat ‘Kaum Bapa/Penjaga/Ibu’. Pilih maklumat kaum dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi maklumat ‘Pertalian Bapa/Penjaga/Ibu Dengan Calon’ . Pilih maklumat pertalian dengan calon dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi ‘Status Pekerjaan Bapa/Penjaga/Ibu Dengan Calon’. Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi ‘Pendapatan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
- Pemohon wajib mengisi ‘Tanggungan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
- Ruangan maklumat ibu adalah pilihan. TIDAK WAJIB diisi. Sekiranya diisi, pastikan maklumat adalah lengkap dan tidak sama seperti Maklumat Bapa/Ibu/Penjaga.
- Sila klik butang SIMPAN & SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.
4. BORANG MAKLUMAT AKADEMIK (SPM)
- Pemohon wajib mengisi ‘Jenis Sekolah. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
- Angka Giliran SPM dan Tahun SPM akan dipaparkan secara automatik.
- Sila klik butang SIMPAN & SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.
5. BORANG PILIHAN PROGRAM BAGI UNIVERSITI AWAM DAN POLITEKNIK PREMIIER
- Pemohon WAJIB mengisi Pilihan Bidang Mengikut Keutamaan. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
- Pilihan Program akan berubah mengikut Pilihan Bidang yang dipilih pemohon.
- Pemohon WAJIB mengisi Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan IPTA/Politeknik Premier’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
- Pemohon WAJIB mengisi Pilihan Zon Bagi Menghadiri Temuduga (Jika memilih program pengajian BERTEMUDUGA (yang bertanda ‘#’ pada nama program)). Sila pilih dari senarai yang disediakan.
- Pemohon WAJIB mengisi Adakah anda bersetuju.
6. BORANG PILIHAN PROGRAM BAGI POLITEKNIK KONVENSIONAL / METro, Kolej Komuniti dan ILKA
- Pemohon WAJIB mengisi Pilihan Program mengikut Keutamaan Kemasukan ke Politeknik Konvensional /METrO & Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA)’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
- Sekiranya pemohon TIDAK BERMINAT untuk mengisi Borang pilihan (TEVT), sila kosongkan maklumat pada borang tersebut dan tekan butang seterusnya.
- Sila klik butang SIMPAN & SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.
7. BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN (LAIN-LAIN)
- Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas(SMS) *?’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
- Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pinjaman(WPP) PTPTN? *’. Sila pilih ‘Ya’ atau Tidak’.
- Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda mengemukakan permohonan ke agensi lain selain Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar? *’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
- Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju membenarkan data peribadi a anda dibekalkan untuk kegunaan Kementerian Pendidikan Tinggi? *’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
- Sila klik butang SIMPAN & SETERUSNYA untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.
8. LAMAN PENGESAHAN PERMOHONAN
- Anda diwajibkan menyemak semula semua maklumat yang telah diisi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan sila KEMBALI pada bahagian yang diperlukan untuk mengemaskini maklumat sebelum pengesahan dibuat. Pastikan maklumat yang diisi adalah TEPAT dan BETUL.
- Setelah selesai membuat semakan, tekan butang seterusnya.
- Pemohon wajib membaca dan wajib klik pada ruangan Perakuan Pemohon.
- Pastikan anda klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk memastikan maklumat anda dihantar dang selamat diterima oleh sistem.
9. LAMAN SLIP PERMOHONAN
- Pastikan anda mencetak Slip Permohonan sebagai bukti sah permohonan.
- Bagi memastikan maklumat permohonan anda telah diterima oleh sistem, sila buat semakan dari menu MENU PENGGUNA.
- Selepas mengemukakan permohonan, tiada had ditetapkan bagi pengemaskinian maklumat permohonan sehingga tarikh tutup permohonan.
10. Kemaskini Maklumat Borang UPU Anda
Dapatkan Manual Pengisian Borang UPU
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Manual Pengisian UPU Online bagi Lepasan SPM dan STPM
- Manual Lepasan SPM
- Manual Lepasan STPM
Mohon disebarkan segera.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum