Jadual UPSR 2017 ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam laman web mereka iaitu http://lp.moe.gov.my. Ianya dihasilkan selari dengan Kalendar 2017 Malaysia yang telah lama disusun dengan baik.
Tujuan utama jadual peperiksaan UPSR 2017 ini dikeluarkan lebih awal supaya dapat disebar luaskan lebih awal kepada murid dan ibubapa tentang tarikh sebenar peperiksaan UPSR 2017 akan dilaksanakan. Ianya sebenarnya sangat membantu terutama kepada ibubapa yang mengatur dan menguruskan pendidikan anak-anak.
Bagi guru-guru pula, kewujudan jadual UPSR 2017 ini yang disediakan lebih awal membantu guru untuk mempersiapkan anak-anak murid ke medan peperiksaan. Guru-guru dapat merancang lebih awal proses pengajaran dan pembelajaran serta ulang kaji calon UPSR ini.
Seperti yang kita tahu, UPSR sangat mencabar kerana ianya satu permulaan untuk anak-anak tahun 6 merasai debaran menghadapi peperiksaan awam yang sangat penting yang akan menentukan hala tuju pendidikan mereka selepas ini sebelum menghadapi PT3 pada tingkatan 3 dan SPM pada tingkatan 5.
Mari admin kongsikan tarikh & jadual UPSR 2017 yang seperti berikut.





Jadual UPSR 2017 yang disediakan diatas sebenarnya sudah lengkap. Tetapi bagi mendapatkan versi penuh boleh dapatkan di link download yang admin kongsikan dibawah ini.
Dapatkan Jadual UPSR 2017 Rasmi dari Lembaga Peperiksaan KPM
Jadual Penuh UPSR 2017 yang disediakan Lembaga Peperiksaan ini dibahagikan kepada beberapa Bahagian iaitu.
- Bahagian A
- JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) – ARAHAN AM
2. Bahagian B
- GURU BESAR – ARAHAN AM
3. Bahagian C
- KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN – ARAHAN AM
4. Bahagian D
- CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN
5. JADUAL MASA TAMBAHAN CALON BERKEPERLUAN KHAS
6. BORANG PENGAKUAN CALON (BPC)
7. JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2017
Format dokumen ini adalah dalam ‘pdf’ dan mengandungi 12 muka surat.
Download : Jadual Waktu UPSR 2017
Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan oleh para guru terutama semua guru dan ibubapa yang terlibat.
Pastikan anda menekan butang share jika tidak keberatan untuk menyebarluaskan infomasi ini kepada semua rakan-rakan.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |