
Jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 ini merupakan persediaan kepada murid SPM untuk mengetahui tarikh dan masa mereka mengambil ujian.
Jadual ini boleh dijadikan sebagai bahan semangat kepada mereka untuk belajar dan menghitung hari sebelum menjelang peperiksaan awam ini yang telah dicatakan di dalam Kalendar Rasmi Malaysia 2017.
Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2017 yang dipetik dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Peperiksaan bertulis SPM 2017 akan diadakan bermula 6 November hingga 4 Disember 2017. Untuk makluman, tarikh keputusan peperiksaan SPM 2016 pula akan diumumkan pada 16 Mac 2017 menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Jadual lengkap akan dikongsikan selepas pengumuman rasmi dari LPM. Tarikh peperiksaan SPM 2017 adalah seperti berikut :-
Ujian Lisan : 6 Jun hingga 1 Julai 2017
Ujian Bertulis : 6 November hingga 4 Disember 2017
Jadual SPM 2017 (Draft)






Dapatkan Jadual SPM 2017 (Draft)
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Jadual ini boleh dicetak dan diberikan kepada murid sebagai persediaan.
Download :Â
Amaran Peperiksaan Kepada Calon
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik/dewan dilarang:
1. membawa  masuk  sebarang  catatan  sama  ada  pada  pakaian  atau  anggota  badan, nota,  dokumen  seperti  buku,  lukisan,  grafik, akhbar,  kamus,  kertas,  Jadual  Waktu Peperiksaan  serta  telefon  bimbit,  alat-alat  komunikasi  atau  peranti  elektronik,  bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.                                                                                                                           2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan.
Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
Semoga jadual di atas beguna untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2017. Kerapkan ulangkaji, jaga solat dan banyak berdoa, In Shaa Allah berjaya. Dapatkan koleksi soalan SPM untuk dijadikan bahan latih tubi.
Dapatkan juga jadual UPSR dan PT3 bagi tahun 2017. Kongsikan bahan-bahan ini kepada semua guru dan ibu bapa di luar sana.
Akhir kata, terima kasih kerana terus menyokong SGO. SGO sangat menghargai sokongan daripada guru-guru dan ibu bapa di luar sana. Semoga sistem pendidikan Malaysia bertambah maju dan gemilang.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum