Ibu bapa Jadikan Sekolah Sebagai Rumah Tumpangan

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

ibubapa jadikan sekolah rumah tumpangan
ibubapa jadikan sekolah rumah tumpangan

Ibu bapa jadikan sekolah sebagai rumah tumpangan? Apa beza di antara 2 tempat ini? Atau adakah ianya sama sahaja?

Saban hari, kekangan keewangan antara punca mengapa pelajar-pelajar terpaksa untuk berada di dalam kawasan sekolah sehingga pukul 6 petang. Di mana para ibu bapa terpaksa membanting tulang untuk sama-sama menyara keluarga.

Kes sebegini selalunya berlaku di sekitar bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur di mana kos sara hidup di kawasan begitu terlalu tinggi hingga menyebabkan terbatasnya penggunaan kewangan.

Maklumlah, walaupun pasangan ibu bapa kedua-dua nya berkerja tetapi kos yang terpaksa yang ditanggung tetap tinggi. Oleh itu para ibu bapa mencuba sebaik mungkin untuk berjimat cermat sehinggakan anak-anak yang tamat sesi persekolahan tiada tempat untuk mereka tuju kerana ibu bapa mereka berkerja.

Kalau nak bawa bali ke rumah, tiada penjaga. Nak bawa ke tempat kerja, mungkin akan menjejaskan prestasi kerja para ibu bapa. Jadi, langkah terbaik adalah dengan meminta supaya anak-anak berada di dalam kawasan sekolah sehingga tamat nya waktu berkerja.

Jika pada waktu petang itu ada sesi sekolah agama, mungkin tiada masalah sebabnya ada individu yang bertanggungjawab untuk menjaga pelajar tersebut pada waktu tersebut. Tetapi bagaimana jika sebaliknya?

Keadaan ini memang jarang berlaku jika di kawasan kampung atau di bandar-bandar kecil di mana keseluruhan pelajar akan pulang ke rumah masing-masing dan jika kedua-dua ibu bapa berkerja, mereka mungkin akan pulang ke rumah saudara mara mereka.

Adakah ibu bapa tersebut tidak risau akan keselamatan anak mereka? ataupun mereka semua sengaja mengambil mudah dan beranggapan yang pihak sekolah akan bertanggungjawab jika berlaku apa apa kerana anak mereka berada di dalam kawasan sekolah?

Untuk pengetahuan umum, pihak sekolah tidak tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk memastikan keselamatan pelajar semua terjamin apabila tamat waktu persekolahan.

Untuk tujuan peringatan dan ikhtibar kepada semua, pada tahun 2017 ini sahaja, sudah beberapa kali berlaku kes cubaan untuk menculik kanak-kanak terutama kanak-kanak di sekolah.

Sebagai contoh, satu kejadian yang telah berlaku di Sekolah Kebangsaan St John 2, Kuala Lumpur pada  6 Januari 2017. Menurut saudara Anuar Mustapa menerusi laman Facebook nya,  Cubaan itu dilakukan oleh lelaki yang tidak dikenali yang  cuba menyamar sebagai bapa kepada mangsa.

Namun rancangan penculik tersebut gagal setelah pelajar  itu menangis dan mengatakan yang lelaki tersebut adalah bukan ayah beliau dan pihak sekolah segera mengambil tindakan untuk menahan lelaki itu lalu terus menalifon ibu kepada pelajar tersebut bagi mendapatkan pengesahan.

Ibu bapa Jadikan Sekolah Sebagai Rumah Tumpangan
Ibu bapa Jadikan Sekolah Sebagai Rumah Tumpangan
Ibu bapa Jadikan Sekolah Sebagai Rumah Tumpangan
Ibu bapa Jadikan Sekolah Sebagai Rumah Tumpangan

Jadi, bagi mengelakkan daripada kejadian seperti di atas terus berlaku, ibu bapa terutamanya haruslah mengambil ikhtibar dari kejadian itu supaya kes tersebut tidak terjadi lagi pada waktu yang akan datang.

Ibu bapa seharusnya tidak boleh lepas tangan seratus peratus tentang keselamatan para pelajar kepada  pihak sekolah sahaja tetapi turut berganding bahu supaya keselamatan para pelajar terjamin. Antaranya dengan melibatkan diri dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah dan bersama-sama untuk membantu pihak sekolah supaya kes kes yang melibatkan keselamatan pelajar dapat diselesaikan dengan apa cara sekalipun.

Bagaimana pandangan anda?

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |