Guru Tekanan Perasaan Cuba Bunuh Diri

Guru Tekanan Perasaan Cuba Bunuh Diri
Guru Tekanan Perasaan Cuba Bunuh Diri

Guru tekanan perasaan cuba bunuh diri. Guru berumur lingkungan 30-an cuba untuk bunuh diri, namun tindakan guru berkenaan untuk terjun daripada tingkat 4 salah sebuah sekolah di Putrajaya tidak berjaya apabila seorang rakannya memujuk dan menghalangnya.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 10 pagi waktu pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira jam 10.19 pagi. Sebuah jentera bersama 11 anggota bomba serta  dua Anggota Penyelamat dan Paramedik dikejarkan ke lokasi kejadian.

Guru berkenaan yang berjaya ditenangkan dibawa ke bilik rehat sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan susulan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kejadian disedari seorang guru wanita yang ternampak guru lelaki berusia 32 tahun itu duduk di balkoni tingkat empat sebuah blok bangunan sekolah kira-kira jam 10.20 pagi. Katanya, kakitangan sekolah menghubungi talian kecemasan sebelum sebuah kereta peronda polis dikejarkan ke lokasi kejadian.

Guru yang sudah berkahwin namun belum mempunyai cahaya mata terbabit berjaya diselamatkan selepas hampir 30 minit dipujuk guru lain.“Hasil pemeriksaan awal, guru berkenaan sudah berkhidmat dalam profesion perguruan sejak enam tahun lalu,” katanya.Beliau berkata, laporan polis dibuat doktor Hospital Putrajaya, semalam. Kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 309Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri.

guru bunuh diri
guru diselamatkan oleh bomba

Adakah Stress Punca Guru Cuba Bunuh Diri??

Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya.

Tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan paling mebimbangkan sehingga sanggup bunuh diri.

Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia.

Dengan pelaksanaan pelbagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan

Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa  guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain. Statistik ini membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

Oleh yang demikian, daripada hujah tekanan ini mungkin guru ini mengalami stress yang tinggi. Masalah di sekolah dan dirumah apabila dicampuradukkan akan bertukar menjadi masalah besar.

Tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa kepada kes cuba bunuh diri . Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara positif.

Sumber: Sinar Harian

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |