Garage Band MRSM Taiping

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Garage Band hanya menggunakan iPad untuk persembahan
Garage Band hanya menggunakan iPad untuk persembahan

Garage Band MRSM Taiping. Tiada alat muzik, hanya menggunakan Ipad. Sekumpulan Pelajar di MRSM Taiping terbaik kerana membuat persembahan lagu hanya dengan penggunaan Ipad sahaja.

Kumpulan pelajar ini menggelarkan kumpulan mereka sebagai ‘Garage Band’ dan telah menyampaikan pelbagai lagu dalam persembahan persembahan mereka.

Persembahan Garage Band MRSM Taiping

Lihat video ini.

Lagu popular ‘kun anta’ disampaikan oleh Garage Band. Setiap ahli dalam kumpulan akan memainkan ‘Ipad’ mereka dan mewakili alat alat muzik tertentu.

Setelah melihat persembahan ini adakah anda merasakan ianya normal? Sudah pasti tidak. Ianya persembahan luar biasa kerana adik adik ini begitu kreatif.

Sebenarnya bukan satu lagu sahaja yang telah disampaikan, kita boleh melihatnya banyak lagi di laman Youtube antaranya;

https://youtu.be/xFYANVTLuTQ

 

 

MRSM Taiping merupakan maktab pertama yang menuju ke arah ‘Apple Distinguished School’. Ini merujuk kepada sistem pembelajaran melalui bantuan gajet keluaran ‘Apple’.

Jadi Ipad merupakan gajet yang wajib dimiliki setiap pelajar, dan guru di MRSM Taiping. Ianya bertujuan melancarkan dan membantu proses pembelajaran di sekolah tersebut.

Pelajar di MRSM Taiping menggunakan iPad untuk pelbagai guna antaranya menyiapkan tugasan dan latihan kerja rumah yang dihantar melalui aplikasi iTunes U.

Melalui aplikasi itu juga pelajar dapat mengikuti setiap perkembangan yang dikemas kini guru berkenaan sesuatu topik dipelajari.

Pelajar MRSM Taiping juga boleh melakukan soalan KBAT melalui perkongsian dari guru mereka dalam aplikasi yang sama.

 

Selain memudahkan proses pembelajaran, penggunaan kertas juga dapat dikurangkan menerusi aplikasi medium digital itu.

Selain bertujuan pelajar, seperti biasa pelajar pelajar di sekolah akan melihat peluang melakukan aktiviti aktiviti yang berbeza melalui peranti ini.

Maka lahirlah ‘Garage band’ kerana sekumpulan pelajar menubuhkan bakat bermain alat muzik melalui aplikasi dalam Ipad masing masing.

Setakat ini pasukan muzik ini sering melakukan persembahan muzik mereka terutama pada acara sekolah sekolah mereka.

 

Jika berminat melihat persembahan persembahan yang lain anda bolehlah mencari video mereka di Youtube dengan memasukkan ‘Garage Band MRSM Taiping’ pada carian laman web ini.

Jadi, apakah pandangan anda pada kumpulan ini? Menakjubkan bukan? Jom kongsikan kisah ini kepada rakan rakan guru dan pelajar pelajar agar dijadikan contoh yang baik bagi masyarakat malaysia kita.

Semoga bermanfaat dan teruskan menyokong kami di SGO.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |