
Modul SULDP dibawah eSPLG KPM Online ini dibangunkan bagi membolehkan perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.
Maklumat asas Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan bagi membolehkan induvidu mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil.
SULDP/ Penyelaras juga boleh melihat analisis LDP yang dihadiri di organisasi, menjana sijil on-line, matrik kompitensi & TNA, tawaran kursus serta modul kewangan.
Login Modul SULDP di Sistem eSPLG KPM Online
Login SULDP melalui eSPLG KPM Online
Manual Mengisi Modul SULDP Lengkap
Sistem Guru Online ingin berkongsi tutorial ringkas yang dikongsikan oleh CikLaili di dalam blog beliau. Terima kasih di ucapkan.
Langkah 1
- Login ke Modul SULDP melaluui login yang diberikan di atas.
- Masukkan kod sekolah anda menggunakan huruf besar (contoh : BFT1001) dan kata laluan : 6644 (Kata laluan ini boleh ditukar selepas pertama kali login. Sila rujuk penyelaras LDP di sekolah masing-masing).
Langkah 2
- Pada bahagian MENU UTAMA, click pada LDP KUMPULAN > Daftar LDP
- Isikan maklumat diruangan yang disediakan dan kemudian click perkataan Simpan.
Langkah 3
- Ulangi langkah yang sama untuk memasukkan LDP Kumpulan yang lain.Â
- Sebagai SULDP, anda boleh mengakses ruangan yang disediakan seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh mendaftarkan LDP Kumpulan, menyemak dan memproses Modul Sokongan (KKL & Aktiviti PPB) guru-guru lain.
Manual Lengkap Kemaskini eSPLG KPM Online
Sistem Guru Online ingin berkongsi salinan manual cara mengisi modul individu SPLG di dalam portal SPLKPM. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu download dan unrar file. Kemudian boleh buka melalui google chrome file tersebut. Semoga lebih mudah faham kerana ianya sangat terperinci langkah demi langkah.
Akhir kata, Sistem Guru Online SGO hanya berkongsi sahaja. Semua bahan adalah dari CikLaili dan laman web SULDP. Terima kasih.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum