eSPLG KPM 2017 Dasar di Tangguh Tiada Kursus Wajib 7 Hari Setahun

eSPLG KPM 2017 Dasar di Tangguh Tiada Kursus Wajib 7 Hari Setahun
eSPLG KPM 2017 Dasar di Tangguh Tiada Kursus Wajib 7 Hari Setahun
Mengenai isu eSPLG KPM 2017, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Februari 2016 telah mengeluarkan surat JPA(I)S.175/4/1-1 Klt. 22 (38) berkenaan Penangguhan Penguatkuasaan Pelaksanaan Dasar Berkursus Tujuh (7) Hari Setahun Bagi Anggota Perkhidmatan Awam.
Di peringkat KPM, YBhg. Tan Sri Dr. KSU telah menetapkan supaya pencapaian prestasi tujuh (7) hari latihan, pelaksanaan kaedah latihan secara blended approach tanpa had hari dan program latihan yang telah dirancang hendaklah diteruskan.

Isu Kandungan Penting Surat Siaran Mengenai eSPLG KPM 2017

  • Surat ini daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. JPA(I)S.175/4/1-1 Klt. 22 (38) bertarikh 29 Februari 2016.
  • Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (PP 6/2005) telah di tangguhkan.
  • Tarikh kuatkuasa pada 29 Februari 2016.
  • Hal ini kerana langkah berjimat cermat perbelanjaan agensi Kerajaan & merasionalisasi Perkhidmatan Awam.
  • Pencapaian pelaksanaan jumlah hari berkursus dan prestasi perbelanjaan peruntukan latihan oleh agensi tidak akan lagi diambil kira sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) semua Ketua Jabatan.
  • Di peringkat KPM, sasaran kursus 7 hari setahun masih dititikberatkan bagi meningkatkan kompetensi warga Kementerian walaupun tidak wajib.
  • Latihan yang telah dirancang hendaklah diteruskan menggunakan peruntukan latihan sedia ada secara optimum.
  • Pelaksanaan kaedah blended training approach tanpa had hari yang diaksanakan pada tahun 2015 akan diteruskan oleh KPM.
  • Ambil tindakan sewajarnya.

Dapatkan Surat Siaran Pengurusan Latihan KPM


Disini admin nak kongsikan surat siaran tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format surat ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Surat Siaran Pengurusan Latihan KPM eSPLG KPM 2017 

 

Seperti yang kita tahu, pelbagai langkah berjimat cermat terpaksa pihak kerajaan laksanakan. Kenapa ianya berlaku, dan bilakah akan berakhir itu kekal jadi rahsia. Apa yang penting, diri kita perlu sentiasa mencari jalan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Zaman teknologi ini pasti semua guru pandai menggunakan internet. Pelbagai ilmu baru boleh dicari melalui internet. Selain Sistem Guru Online, masih ada banyak lagi website atau portal pendidikan yang berkongsi ilmu dalam pendidikan. Malah, website dari pelbagai negara di seluruh dunia juga banyak yang boleh kita layari.

Tepuk dada tanya iman. Jangan jadikan kelemahan yang berlaku sekarang untuk menjadikan kita lemah. Mari kita sama-sama berlajar dan mencari ilmu baru. Lupakan tentang syarat kursus, baca buku semua. Yang penting betulkan niat kita untuk mencari ilmu.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

telegram sistem guru online