
EMISonline Aplikasi Rasmi KPM dibawah Sistem Pengurusan Sekolah ini sudah tidak asing lagi dalam dunia pendidikan di Malaysia. Ianya sudah sangat dikenali oleh para guru terutamanya pentadbir yang memang selalu sahaja menggunakan aplikasi ini.
Bagi guru yang ingin login ke sistem EMIS ini, admin sudah kongsikan caranya di dalam post terdahulu. Anda boleh rujuk di dalam post ini.
Baiklah, kali ini admin ingin menguji anda. Apa itu EMIS? Berapa ramai yang tahu menjawabnya jika ditanya soalan ini kepada mereka.
Bagi admin, soalan ini sangat sukar dan secara jujurnya apa yang admin mampu ulas tentang admin hanyalah sekadar ianya merupakan salah satu modul pengurusan sekolah. Untuk lebih faham lihat dibawah.
- Modul Sistem Pengurusan Sekolah (EMISonline)
- Modul Sistem Pengurusan Guru (eOperasi)
- Modul Sistem Pengurusan Murid (APDM)
Kalau secara detailsnya, admin telah buat sedikit carian dan pembacaan mengenai EMIS Online ini. Mari kita ketahui lebih lanjut apa itu EMISonline.
Apa itu EMIS
Secara mudahnya EMIS ialah Educational Management Information System atau dalam bahasa melayu ialah Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan.
Namun lebih tepatnya mari kita lihat definisi EMIS.
SMPP/EMIS merupakan satu sistem yang terurus bagi memungut, memproses, menyimpan, mencapai dan menyebar data dan maklumat untuk menyokong aktiviti-aktiviti utama dan kitaran pengurusan pendidikan bagi pengurus dan pembuat keputusan di semua peringkat di Kementerian Pelajaran. Ini termasuk penyepaduan pangkalan data yang sedia ada dan pembangunan polisi dan prosedur untuk meningkatkan penggunaan data pendidikan untuk membuat keputusan misalnya, agihan sumber, perancangan tenaga kerja dan unjuran pendidikan.
Matlamat EMISonline
Setiap aplikasi yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pastinya mempunya sebab tersendiri. Begitu juga dengan EMIS. EMIS sebenarnya mempunyai bebebapa matlamat yang jelas.
Matlamat EMIS ialah :
- Mempertingkatkan keupayaan aplikasi supaya kerja pengemaskinian, pemprosesan, penganalisisan, pelaporan dan penyebaran maklumat menjadi lebih mudah.
- Meluaskan cakupan maklumat bagi memenuhi dan menepati keperluan lebih ramai pengguna.
- Menjadikan aplikasi lebih fleksibel dan mesra pengguna.
- Menghasilkan maklumat yang lebih berkualiti mempunyai ciri-ciri releven, sahih, tepat dan bertepatan dengan masa yang diperlukan (timeliness) oleh pihak pengguna.
Perakuan 264 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
“Oleh sebab pentingnya maklumat, data dan idea pelajaran sebagai faktor pembantu kepada perancangan pelajaran, adalah diperakukan supaya Unit Data Pelajaran (Unit Data Bank) bukan sahaja menjadi unit data bahkan juga sebagai unit idea. Untuk menjadikan unit ini sebagai unit yang berkesan, keupayaan tenaga pegawai serta sistem simpanan dan dapatan balik hendaklah diperkukuhkan”.
Surat Siaran Pengemaskinian EMIS
Mesyuarat Pengurusan KPM Bil.4/2011 (22-24/9/2011)
“Mesyuarat telah memutuskan bahawa data berkaitan sekolah, guru dan enrolmen yang terdapat dalam Aplikasi EMIS merupakan data rasmi KPM. Justeru itu, data ini akan diguna pakai dalam perancangan dan pembangunan pendidikan”
Keperluan Mewujudkan Database Pendidikan ( EMISonline )
BPPDP adalah agensi yang diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 untuk mengendalikan pengurusan maklumat dan perangkaan asas pendidikan. BPPDP telah membangunkan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) khusus untuk pengumpulan dan penganalisisan data sekolah. Untuk menyempurnakan EMIS, KPM telah membekalkan perkakasan dan perisian komputer ke sekolah serta melantik guru yang diberi tanggungjawab mengumpul dan mengurus data di peringkat sekolah.
Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (Blueprint Kementerian Pelajaran) m/s 7-9
Bagaimana semua, rasanya mesti lebih jelas mengenai EMIS bukan? Semoga segala perkongsian ini mendapat feedback yang bagus. Terima kasih.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum