
e Kehadiran APDM Kehadiran Murid ini secara umumnya digunakan untuk guru kelas atau orang yang diturunkan kuasa oleh Pentadbir untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah. e Kehadiran ini merupakan salah satu aplikasi paling penting yang ada di dalam sistem aplikasi pangkalan data murid secara atas talian.
Log In ke APDM MOE
Untuk log in ke APDM MOE, sila klik pada gambar yang disediakan dan anda akan dibawa ke halaman yang mempunyai pautan log masuk ke aplikasi pangkalan data murid.
Manual eKehadiran Aplikasi Pangkalan Data Murid
Surat KPM Kepada JPN Mengenai Penggunaan APDM
- Pelaksanaan eKehadiran Melalui Aplikasi Pangakalan Data Murid (APDM) bagi Komponen Dashboard Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di Bawah GTP 2.0
- Download surat :Â e Kehadiran APDM Kehadiran Murid
Manual Pentadbir Sistem & Pengisian Kehadiran Murid
- Manual asal ini mungkin perlu di naik taraf dan mungkin perlu di update. Namun secara asasnya ianya masih boleh dijadikan rujukan.
- Sebarang masalah berhubung dengan sistem ini bolehlah menghubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian iaitu Bahagian Pengurusan Maklumat melalui nombor telefon 03-88849443 atau 03-88843680. Pihak sekolah juga boleh menghantar emel melalui apdm@moe.gov.my.
- Downlaod Manual :Â Manual Pentadbir Sistem & Pengisian Kehadiran Murid
2 Cara Kemasikini Kehadiran Murid dalam APDM
Desktop / Laptop / Komputer

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome, Firefox dan Internet Explorer 10+ dengan resolusi minimum 1280 x 960. Hakcipta terpelihara © 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia
Aplikasi Adroind ekehadiran Murid dalam Telefon

Aplikasi eKehadiran Murid dibangunkan untuk merekodkan kehadiran murid pada setiap sesi persekolahan mengikut kelas secara masa sebenar dengan lebih mudah dan pantas tanpa guru meninggalkan kelas. eKehadiran Murid boleh memberikan maklumat dengan lebih cepat, tepat, efisien, sistematik dan mesra pengguna.
Modul Utama:
a) Guru kelas mengemaskini kehadiran murid di kelas pada setiap sesi persekolahan
b) Guru kelas boleh menyemak kehadiran murid yang telah dikemaskini berdasarkan pemilihan tarikh
Install Aplikasi APDM eKehadiran : Download