Dinasour di Kelantan Mungkin Wujud Hasil Penemuan oleh Kajian Penyelidik UMK

Dinasour di Kelantan Mungkin Wujud Hasil Penemuan oleh Kajian Penyelidik UMK
Dinasour di Kelantan Mungkin Wujud Hasil Penemuan oleh Kajian Penyelidik UMK

Dinasour di Kelantan Mungkin Wujud Hasil Penemuan oleh Kajian Penyelidik UMK. Ya, jangan terkejut apabila beberapa penyelidik Fakulti Sains Bumi (FSB) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyatakan kajian terhadap struktur batu di kawasan Taman Negara Kuala Koh sama seperti di sekitar Sungai Cicir, Gunung Gagau dan Tasik Kenyir di Terengganu yang pernah menjadi tempat penemuan fosil dinosaur.

Disini berita penuh mengenai Dinsour di Kelantan yang telah mendapat liputan berita Buletin Utama pada 5 Mac 2017 ini.

Dinosaur mungkin pernah diami Kelantan

Dinasour di Kelantan Mungkin Wujud Hasil Penemuan oleh Kajian Penyelidik UMK
Dinasour di Kelantan Mungkin Wujud Hasil Penemuan oleh Kajian Penyelidik UMK

GUA MUSANG: Pasukan penyelidik Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendakwa Taman Negara Kuala Koh, di sini, mungkin pernah didiami dinosaur ratusan juta tahun lalu.

Ketua Jabatan Geobumi, FSB, Arham Muchtar Achmad Bahar, berkata ia berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap struktur batu di kawasan itu.

Katanya, jenis batuan yang dijumpai di situ sama seperti di sekitar Sungai Cicir, Gunung Gagau dan Tasik Kenyir di Terengganu yang pernah menjadi tempat penemuan fosil dinosaur.

“Kita akan meneruskan kajian di Taman Negara dan kawasan sekitar hutan di Gua Musang bagi membuktikan kewujudan itu. Daripada perbincangan kami di UMK, kami percaya kawasan terbabit mempunyai kemungkinan tinggi untuk menjumpai spesis Theropod dan Sauropod.

“Selain itu, kawasan ini juga terletak hanya 60 kilometer (km) dari Sungai Cicir, Kuala Berang, Terengganu yang pernah menjadi tempat sekumpulan pengkaji menemui fosil seperti gigi dan tapak kaki dinosaur jenis itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Arham berkata kewujudan haiwan purba itu perlu kepada penyelidikan lebih teliti pelbagai pihak antaranya Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Jabatan Perhutanan.

“Kita belum menjumpai sebarang fosil mengenainya namun tidak menolak kemungkinan ia wujud di hulu negeri ini berikutan ia turut dilaporkan wujud di Gunung Gagau, Hulu Terengganu tidak jauh dari Taman Negara Kuala Koh tiga tahun lalu.

“Saya berharap akan ada inisiatif pihak lain untuk meneruskan penyelidikan ini kerana jika fosil itu dapat ditemui, satu sejarah baharu dapat dilakarkan seterusnya Taman Negara Kuala Koh boleh menjadi tumpuan dunia,” katanya.

Tiga tahun lalu, 17 penyelidik Jabatan Mineral dan Galian (JMG) Terengganu serta Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM) berjaya menemui dua gigi, empat tulang dan beberapa kesan tapak kaki dinosaur di beberapa tempat di Hulu Terengganu.

Penemuan terbabit membuka dimensi baharu dalam dunia penyelidikan ilmu geologi dan paleontologi.

-berita harian

 

Fakta Kemungkinan Dinasour di Kelantan Wujud

  • Kawasan : Taman Negara Kuala Koh
  • Spesis Dinasour : Theropod dan Sauropod

Dari meja editor sistem guru online, kami mengucapkan tahniah kepada penyelidik-penyelidik UMK yang berjaya meletakkan penanda aras yang tinggi pada kajian mereka. Tahniah dan semoga usaha mereka akan mendapat keputusan yang diinginkan.

Teruskan carian dan penyelidikan anda. Semoga satu hari nanti benar-benar dapat menjumpai fosil dinasour di Kelantan. Buktikan bahawa dinasour pernah hidup di Kelantan.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |