“Cikgu, boleh tak kalau saya nak rehat je dalam kelas cikgu?”

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

“Cikgu, boleh tak kalau saya nak rehat je dalam kelas cikgu?”
“Cikgu, boleh tak kalau saya nak rehat je dalam kelas cikgu?”

“Cikgu, boleh tak kalau saya nak rehat je dalam kelas cikgu?”

Luahan hati seorang pelajar yang berumur 7 tahun kepada guru nya. Kisah ini dikongsikan oleh seorang cikgu di pusat tuisyen sekitar kota metropolitan..Tersentap cikgu tersebut selepas ditanyakan soalan tersebut  di hadapan pelajar lain. Di tambah pula dengan ada lagi beberapa pelajar lain yang turut meluahkan rasa yang sama.

“Cikgu, boleh tak kalau saya nak rehat je dalam kelas cikgu?”
“Cikgu, boleh tak kalau saya nak rehat je dalam kelas cikgu?”
“Cikgu, boleh tak kalau saya nak rehat je dalam kelas cikgu?”
“Cikgu, boleh tak kalau saya nak rehat je dalam kelas cikgu?”

 

Selepas sesi pembelajaran selesai pada pukul 5 petang, cikgu tersebut mula mendekati pelajar tadi yang diberi nama Iman. “kenapa Iman nak rehat dalam kelas cikgu?  Iman penat sangat ke? tadi Iman buat apa kat rumah?”. Tanya cikgu kepada Iman. Iman yang dikenali dengan  sikap yang ramah dan ceria mula memberikan respond pada soalan cikgu tadi di mana jawapan nya sangat memeranjatkan cikgu tersebut.

“Iman penat la cikgu, iman nak rehat. Hari ni Iman ada kelas dari pukul 8.30 pagi”

Terkejut jugak cikgu nya selepas diberitahu tentang perkara tersebut. Maklum lah, hari tu adalah hari sabtu dan kanak2 seusia 7 tahun dikerah untuk belajar dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang.

Cikgu tersebut cuba untuk korek lebih sedikit tentang jadual waktu iman pada hari minggu dan ternyata, jawapan yang keluar daripada mulut Iman sangat-sangat memeranjatkan beliau.

“Pagi tadi Iman ada kelas matematik. lepas kelas matematik, Iman ada kelas English pulak sampai pukul 1.30. Lepas tu iman ada kelas Robotik pulak dengan cikgu, habis pukul 5”

“Lepas tu esok Iman ada kelas Kumon pulak sampai pukul 2”. Keesokannya adalah hari ahad di mana hari ahad adalah hari untuk kanak-kanak seusia Iman bersuka ria dan bermain-main sementara munculnya hari isnin di mana pada hari isnin, Iman akan ke sekolah seperti biasa.

Fuhhhh boleh tahan padat jugak jadual si Iman ni. Padahal umurnya baru 7 tahun. Selepas itu si Iman menambah, “nanti kalau markah Exam Iman teruk, mama akan rotan Iman..1 B, 1 rotan. kalau 1 B dan 1 C, 3 rotan”.

Begitulah kisahnya. Cuba bayangkan bagaimana dengan mental pelajar tersebut sedangkan pada umur tersebut, dia sudah didera mentalnya secara tidak sengaja oleh para ibu bapa. jika dilihat, kebanyakan pelajar dihantar oleh ibu bapa untuk belajar tanpa keinginan pelajar tersebut sehingga mereka menjadikan pusat tuisyen sebagai tempat untuk bermain dan ada yang menjadikan tempat untuk meluahkan perasaan seperti kes Iman tadi.

Jadi, kepada ibu bapa di luar sana, ingatlah bagaimana mak ayah anda mendidik anda dahulu di mana mereka tetap memberikan anda masa untuk bermain.

Ganerasi apakah yang ingin dilahirkan oleh para ibu bapa pada tahun 2017 ini?

Kes sebegini selalaunya terjadi pada anak-anak yang mana  ibu bapa mereka yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi serta kononnya mengikuti trend semasa. Adakah ibu bapa tidak sedar akan penyiksaan mental yang telah dilakukan terhadap anak mereka? Di mana masa bermain mereka bersama adik beradik yang lain? bersama kawan?

Apa pandangan anda semua?

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |