Cetak Sijil Dengan Mudah dan Cepat

Cetak Sijil Dengan Mudah dan Cepat
Cetak Sijil Dengan Mudah dan Cepat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Cetak Sijil Dengan Mudah dan Cepat. Di awal tahun ini pelbagai aktiviti kokurikulum sedang dijalankan di sekolah. Antaranya ialah sukan, permainan dan olahraga. Murid-murid telah dipilih dari peringkat sekolah, pereingkat daerah, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan dan ada murid hingga mencapai peringkat antarabangsa.

Sebagai bukti dan penghargaan kepada murid pihak berkenaan perlu membuat sijil kepada mereka. Sijil sangat penting sebagai dokumen membuktikan murid ini telah mencapai sesuatu tahap dalam bidang kokurikulum. Bukan hanya kurikulum, murid juga perlu cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Disini guru mengalami masalah dalam membuat sijil dan mencetak sijil. Sebenarnya ada cara yang mudah untuk mencetak sijil sekiranya jumlah murid ramai. Guru tidak perlu membuat satu persatu untuk mencetak. Disini SGO akan membantu semua guru diluar sana menunjukkan tutorial cara mencetak sijil dengan mudah.

 

 

Cara Mencetak Sijil Dengan Mudah

  1. Design sijil terlebih dahulu di Mc Word.

1 2

2. Senarai nama dan nombor pengenalan ditaip di Mc Excel. Boleh ubah tulisan yang dikehendaki.

2 2

3. Buka kembali design sijil di Mc Word. Klik butang “MAILINGS” , “START MAIL MERGE. Klik “STEP-BY-STEP MAIL MERGE WIZARD”, Pilih “LETTERS”, Klik “NEXT: STARTING DOCUMENT”.

3 2

4. Pilih “USE THE CURRENT DOCUMENT”,  Klik “NEXT: SELECT RECIPIENTS”

4 2

5. Pilih “USE AN EXISTING LIST”.  Klik “BROWSE”. Pilih Senarai Nama yang mahu dicetak.
klik “OPEN”.

5 1

6. Pilih “SHEET” senarai nama tadi. Klik “OK”.

6

7. Apabila keluar paparan seperti di gambar, klik “OK”.

7

8. Klik “NEXT: WRITE YOUR LETTER”

8

9. Pilih tempat NAMA di sijil, klik “MORE ITEMS”. Pilih NAMA. Klik “INSERT”.
Klik “CLOSE’.

9

10. Ulang langkah 9 untuk memasukkan nombor kad pengenalan.

10

11. Klik “NEXT: PREVIEW YOUR LETTERS”

11

12. Klik “NEXT: COMPLETE THE MERGE”

12

13. Boleh tekan “PRINT”. Boleh Print separuh-separuh atau print semuanya. Bimbang sekiranya print sepenuhnya printer akan rosak. 

13

Admin mengucapkan selamat mencuba. Semoga perkongsian ini dapat membantun guru yang mengalami masalah untuk mencetak sijil dengan jumlah yang banyak. Terima kasih kerana terus menyokong SGO.

Kredit kepada Izzati Hamid.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |