Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun

cara tangkap ikan dan udang di air terjun

Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun ini adalah hasil perkongsian dari guru kita sendiri. Sebelum ini admin ada berkongsi tips halau lipas dari dalam kereta dengan mudah maka kali ini admin nak kongsikan tips ini pula. Bagi yang belum baca mengenai teknik halau lipas itu boleh baca di bawah.

Baiklah, berikut admin kongsikan perkongsian sahabat guru kita ini. Jika ada dikalangan guru berminat untuk berkongsi pengalaman, tips, tutorial atau apa sahaja boleh terus bersama kami di forum sgo atau terus hubungi kami melalui facebook.

Bawa Anak Mandi di Air Terjun Jeram Pasu Pasir Puteh Kelantan

Air Terjun Jeram Pasu Pasir Puteh Kelantan
Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun 1

Minggu lepas saya sempat membawa anak & isteri saya untuk pergi mandi di air terjun jeram pasu itu. Sungguh lama tidak ke sana dan apabila sampai kesana sangat teruja sebab kawasan air terjun itu nampak agak terjaga dan bersih.

Air terjun jeram pasu ini sebenarnya terletak di jalan masuk Padang Pak Amat dan terus ke dalam melalui Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (Perempuan). Dari jalan besar Pasir Puteh – Kota Bharu ianya mungkin mengambil masa dalam 5 minit untuk sampai kesana. Jalannya pula lebar dan berturap baik. Sebenarnya, Air Terjun Jeram Pasu ini merupakan pusat rekreasi yang paling awal dibuka di kawasan Pasir Puteh. Terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu.

Bahagian paling menarik ialah air terjun ini mempunyai beberapa kolam dan untuk kanak-kanak kecil pun ada tempat atau kawasan yang sesuai untuk mereka. Jadi ibubapa insyaAllah tidak perlu risau.

Cara Tangkap Anak Ikan Guna Perangkap Botol

Sejujurnya saya rasa agak rugi kalau kita bawa anak-anak bermain air terjun dan tidak mengajar cara menangkap anak ikan ini. Sebab ianya mudah dan paling penting kita boleh lihat keterujaan anak apabila dapat melihat ikan.

Jadi saya kongsikan tutorial mudah untuk menangkap ikan ini. Cikgu-cikgu semua boleh cuba sendiri dan lihat betapa seronoknya mereka menangkap ikan nanti. Oh ya, cara ini tidak menggunakan jaring, jadi tak perlu risau kerana kosnya RM0.

Peralatan Menangkap Ikan DIY
  1. Botol kosong.

    Botol air kosong sebenarnya boleh dapat dengan mudah. Betul tak?
    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun 2
  2. Pisau atau gunting atau anak kunci.

    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun
    Peralata diperlukan
  3. Sedikit makanan.

    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun (8)
    Boleh guna pisang goreng, nasi, atau apa sahaja. Untuk menarik perhatian anak ikan.

Kos = RM0

Cara Membuat Perangkap Ikan DIY 
  1. Ambil botol kosong dan belah seperti di dalam gambar. Pastikan bahagian atas pendek dan bawah lebih panjang.

    Belah botol macam ini.
    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun 3
  2. Tebuk atau guntingkan lubang pada botol bahagian bawah dan sisi botol supaya air boleh mengalir.

    Buat laluan air.
    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun 4
  3. Masukkan sedikit makanan kedalam bahagian botol bawah itu.

    Boleh letak nasi, bihun, goreng pisang, dll.
    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun 5
  4. Telengkupkan bahagian depan. Cabut penutup botol dan masukkan ke muka botol bahagian bawah.

    Gambaran dari atas.
    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun 6
  5. SIAP.
Mula Menangkap Ikan
  1. Cari kawasan anak ikan bermain seperti celah batu, tepi tebing atau jeram kecil.

    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun (3)
    kawasan anak ikan bermain atau lalu.
  2. Letakkan perangkap ikan di dasar.

    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun (3)
    Pastikan diletakkan di dasar.
  3. Biarkan seketika dan insyaAllah sekejap sahaja anak ikan akan masuk kedalam perangkap.

    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun (5)
    Dapat dah ikan! Yang ini gambar dah siap masuk dalam bekas minuman dah.
  4. Tangkap gambar “moment” anak anda dan lihat keterujaan mereka.

Mudah bukan? Kadang-kadang kita lupa perkara ringan dan mudah seperti ini boleh memberikan kenangan, pengalaman dan “moment” indah anda bersama dengan anak-anak. Setiap ibubapa ingin melihat senyuman dari anak mereka bukan?

Kalau rasa menarik, jangan lupa kongsikan di facebook ya.

Cara Menangkap Udang di Air Terjun

Baiklah kalau tadi saya kongsikan cara menangkap anak ikan. Kali ini saya nak kongsikan cara menangkap udang pula. Udang ini sebenarnya sangat banyak di kawasan air terjun cuma mungkin kita jarang nampak kerana tidak tahu atau kerana keadaan fizikal yang sukar dilihat.

Untuk menangkap udang, ianya sangat mudah kerana kita hanya perlu pelajari teknik yang betul sahaja. Cuba ajar anak anda dan insyaAllah mereka balik ke rumah dengan penuh senyuman!

Mari saya kongsikan.

Peralatan Menangkap Udang DIY
  1. Bekas kosong.

Itu sahaja!

Ya, sebab itu saya katakan kita sebenarnya boleh menangkap udang dengan mudah. Tetapi ramai tidak tahu. Ianya hanyalah teknik sahaja.

Teknik Menangkap Udang
  1. Cari kawasan air cetek dan tenang. Kalau air deras memang susah nak tangkap dan kita pun susah nak melihat.
  2. Cari daun atau kayu atau batu yang tenggelam di dasar.

    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun (10)
    Cari daun yang tenggelam ke dasar, Air cete dan tenang
  3. Selak perlahan-lahan daun atau kayu tersebut. Nampak udang?
  4. Kalau ada, anda ambil bekas kosong dan letakkan dalam jarang 15 cm atau sejengkal dari daun tersebut. Pastikan bekas itu tenggelam kedasar. Biar masuk tanah atau pasir pun tidak apa.

    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun 4
    Kalau ada udang bawah daun. Letakkan bekas dalam air dan sedia untuk tarik daun kedalam bekas. Nanti udang akan ikut insyaAllah
  5. Seretkan daun atau kayu yang ada udang tengah sembunyi dibawahnya itu perlahan-lahan kearah bekas.
  6. Udang ini akan automatik bergerak bersama daun itu kerana mahu sembunyi. Jadi gerakkan sahaja daun itu ke dalam perangkap (bekas) dan bila udang dah masuk anda terus angkat bekas itu.

    Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun (7)
    Dapat dah udang. Kecil? Jangan risau, kecil di mana kita. Pada mata anak, Allah sahaja tahu bagaimana terujanya mereka.
  7. Tahniah. Anda sudah berjaya menangkap udang.

Cubalah rakan “moment” anak anda itu nanti. Kongsikan di bahagian komen.

Cara Tangkap Ikan dan Udang dengan Mudah Semasa Mandi di Air Terjun (12)
Bersedialah mental anda untuk menjawab pelbagai soalan anak-anak nanti. 🙂

Itu sahaja perkongsian saya. Diharap anda semua dapat share ilmu ini kepada suami atau rakan-rakan yang lain. Terima kasih kerana membaca.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum