Soalan Akhir Tahun 2019

Borang Permohonan Saguhati Kelahiran Anak Negeri Terengganu

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline
borang permohonan wang saguhati rm 100 kelahiran anak negeri terengganu
borang permohonan wang saguhati rm 100 kelahiran anak negeri terengganu

Borang Permohonan Saguhati Kelahiran Anak Negeri Terengganu ini sebenarnya sangat penting untuk memastikan mereka yang sepatutnya layak untuk menuntut wang saguhati ini. Namun begitu, kita masih lagi dengar sesetengah rakyat Terengganu yang layak memohon ini tidak tahu di mana untuk mengambil borang permohonan saguhati ini.

Malah ada yang lebih parah bila mana mereka sendiri tidak tahu menahu tentang pemberian wang saguhati bagi kelahiran anak negeri Terengganu. Tidak kira sama ada yang tinggal di bandar atau di kampung, kita mestilah tahu dan menuntut pemberian ini.

Sebagai contohnya satu ketika dahulu pernah keluar isu ini di media berita iaitu mengenai rakyat tidak tahu di mana mahu mengambil borang permohonan saguhati. Malah ada yang langsung tidak tahu bahawa untuk mendapatkan wang itu mereka perlu mengambil borang di YPK Terengganu di daerah-daerah berdekatan.

Baiklah disini admin cuba mudahkan dan ringkaskan dimana atau bagaimana borang permohonan wang saguhati kelahiran negeri Terengganu.

Borang Permohonan Saguhati Kelahiran Anak Negeri Terengganu

Borang Permohonan Saguhati Kelahiran Anak Negeri Terengganu
Borang Permohonan Saguhati Kelahiran Anak Negeri Terengganu
Borang Permohonan Saguhati Kelahiran Anak Negeri Terengganu
Borang Permohonan Saguhati Kelahiran Anak Negeri Terengganu

Ya, di atas adalah contoh borang untuk memohon duit saguhati kelahiran anak negeri Terengganu. Seperti dapat dilihat, memang sudah di sekalikan terus dengan borang SSPN-i.

Dimana Mahu Ambil Borang Permohonan Wang Saguhati Kelahiran Negeri Terengganu?

Namun begitu oleh kerana timbul pula masalah di mana mahu mengambil borang diatas. Maka admin jelaskan disini. Tempat untuk anda mengambil borang permohonan wang saguhati kelahiran anak ini ialah di mana-mana pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Untuk lebih jelas, admin senaraikan pejabat-pejabat YPK di negeri Terengganu ini.

  • Pejabat YPK TERENGGANU: 09-6249355
  • Pejabat YPK KAWASAN MARANG: 09-6189135
  • Pejabat YPK KAWASAN DUNGUN:09-8485654
  • Pejabat YPK KAWASAN SETIU: 09-6097808
  • Pejabat YPK KAWASAN HULU TERENGGANU: 09-6861012
  • Pejabat YPK KAWASAN KUALA NERUS:09-6672667
  • Pejabat YPK KAWASAN KEMAMAN: 09-8584898
  • Pejabat YPK KAWASAN BESUT:09-6976301

Anda pergi ke mana-mana pejabat YPKT seperti diatas, anda nyatakan yang anda ingin mendapatkan borang. Untuk memohon borang ini di YPK, anda tidak perlu membawa apa-apa.

Berapa Pembayaran Wang Saguhati Kelahiran Anak Negeri Terengganu?

Pada tahun 2016 dan insyaAllah tahun 2017, pembayaran wang saguhati kelahiran anak ini adalah seperti yang disenaraikan berikut.

  • Anak pertama – hingga ke-6 RM 100
  • Anak ke-7 :RM 200
  • Anak ke-8 :RM 300
  • Anak ke 9: RM 400
  • Anak ke-10 dan Seterusnya: RM 500

Sudah jelas? Teorinya ialah semakin ramai anak, maka insyaAllah pembayaran saguhati adalah lebih tinggi.

Syarat Kelayakan untuk Memohon Wang Saguhati Kelahiran Negeri Terengganu

Berikut admin senaraikan  3 syarat yang anda.

  1. Bayi dilahirkan di negeri TERENGGANU bermula pada 1.1.2016 hingga 31.12.2016
  2. Ibu atau bapa bayi mestilah rakyat TERENGGANU yang lahir @ menetap melebihi 10 tahun di negeri Terengganu
  3. Bantuan saguhati akan diberi dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |

telegram sistemguruonline