Borang Maklumat Murid APDM

Borang Maklumat Murid APDM
Borang Maklumat Murid APDM

Borang Maklumat Murid APDM ini ialah satu borang lengkap yang mempunyai data-data peribadi murid, penjaga dan nombor untuk dihubungi jika ada kecemasan. Untuk lebih details, antara butiran yang ada ialah seperti nama penuh, nombor my kid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima dan banyak lagi.

Guru-guru boleh mendapatkan borang maklumat murid ini di apdm sekolah masing-masing ataupun biasanya borang ini sudah disediakan di pejabat sekolah. Anda cuba tanya jika tidak mahu mendownload.

Log In Aplikasi Pangkalan Data Murid

Log In APDM KPM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online
 LOG IN APDM MOE [ di sini ][adinserter name="sgo 2"]
Untuk log in, sila dapatkan pautan dibawah.

 

Download Borang Maklumat Murid APDM

Selepas log in, cari pautan yang ada tertulis Borang Maklumat Murid pada ruangan sebelah kiri windows. Lihat gambar untuk lebih jelas.

Borang Maklumat Murid
Borang Maklumat Murid

Selain itu, admin juga sudah sediakan 2 versi ini iaitu borang versi gambar dan juga borang jenis pdf. Guru-guru boleh dapatkan mana-mana format.

  • Borang Maklumat Murid APDM versi pdf

Tekan untuk download : Borang-Maklumat-Murid ( PDF )

  • Borang Maklumat Murid APDM versi gambar
Borang Maklumat Murid
page 2
Borang Maklumat Murid
page 1
Borang Maklumat Murid
page 3

Guru-guru boleh tekan pada gambar dan view kemudian terus save images.

 

Kegunaan Borang Maklumat Murid 

Ramai ibubapa terutama yang ramai anak merungut. Kenapa borang maklumat murid ini perlu diisi setiap tahun. Kenapa borang maklumat murid ini perlu di hantar pada awal tahun ketika semua ibubapa sibuk menguruskan pelbagai perkara mengenai persekolahan anak-anak lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang ramai.

Disini admin cuba menjawab persoalan ini secara umum dan diharap ibubapa sekali dapat memahami kenapa perkara ini penting. Paling utama, ibubapa perlu tahu yang bukan niat guru atau sekolah untuk membebankan atau menyusahkan mereka dengan perkara ini.

Jangan ingat hanya anda terbeban, anda hanya mengisi borang dengan pen dan hanya seorang atau 2 orang anak sahaja. Cuba gambarkan bagaimana guru yang perlu menyalin semua apa yang anda tulis itu dan bukan seorang tetapi ada dalam 30 borang yang perlu di teliti dan ditaip satu-satu.

Kenapa Borang Maklumat Murid Perlu diisi Setiap Awal Tahun?

  1. Update terbaru data murid di dalam sistem APDM.
  • Terutama mengenai maklumat penjaga, pendapatan penjaga, nombor untuk dihubungi jika berlaku kecemasan, tahap kesihatan anak, dan sebagainya. Cuba bayangkan jika nombor telefon yang diisi adalah nombor telefon tahun lepas dan tahun ini penjaga telah menukar nombor telefon. Kemudian di sekolah berlaku kecemasan dan pihak sekolah gagal menghubungi ibubapa kerana nombor telefon yang diberikan adalah yang lama. Bukankah ianya satu perkara yang dikesali?
  • Jika tahun lepas anak anda sihat tiada asma atau sebagainya kemudian tahun ini mereka telah disahkan doktor menghidap penyakit itu. Tanpa pemberitahuan secara langsung atau melalui borang maklumat murid ini guru-guru tidak akan tahu akan keadaan kesihatan anak anda. Anak kecil kadang-kadang tidak mahu mengaku mereka sakit jika ditanya oleh guru sebelum memulakan aktiviti kerana mereka mahu bermain. Oleh itu cuba kita renung apa yang terjadi gara-gara kita ambil mudah perkara ini?

2. Kegunaan Segera untuk kelayakan mendapat program atau bantuan tertentu.

  • Kadang-kadang pihak sekolah atau mana-mana badan ingin mengadakan program atau bantuan tertentu yang ingin disampaikan kepada murid-murid yang layak. Contohnya bantuan kewangan, bantuan buku latihan, bantuan pusat tuisyen dan sebagainya. Melalui data yang dikutip dari borang maklumat murid yang telah diisi kedalam APDM maka guru-guru dengan mudah boleh menyemak dan memeriksa murid mana yang layak mengikut syarat yang ditetapkan oleh badan tersebut.

Banyak lagi kes-kes yang boleh kita renungkan. Guru-guru lain mungkin boleh kongsikan kepentingan borang maklumat ini pada bahagian komen di bawah.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

telegram sistem guru online