
Assalamualaikum w.b.t
Beg Berat: Ibu Bapa Marah KPM. Antara kenangan zaman persekolahan yang sukar dilupakanadmin ialah betapa peritnya ketika membawa beg sekolah. Beg yang sarat dengan buku teks, buku tulis dan buku latihan dianggarkan seberat kira-kira lima kilogram.
Sewaktu menyusun buku mengikut jadual pembelajaran harian pelbagai cara dilakukan supaya jumlah buku dapat dikurangkan untuk dibawa ke sekolah. Puas memikirkan langkah sesuai agar beg dibawa tidak terlalu berat. Satu persatu buku dimasukkan ke dalam beg, namun kesudahannya tetap berat seperti biasa.
Beg Berat Undang Bahaya
MASALAH kanak-kanak membawa beg berat ke sekolah setiap hari bukanlah satu perkara baharu kerana merupakan satu masalah lama yang dilihat tiada jalan penyelesaiannya sehingga ke hari ini.Disebabkan permasalahan tersebut, kanak-kanak terbabit sebenarnya berisiko tinggi mengalami sakit belakang, leher, bahu, dan tidak ketinggalan tulang belakang.
Menurut Pakar Ortopedik dan Tulang Belakang, Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Nurul Azwa Mohamad Noor, masalah ini sebenarnya tidak hanya tertumpu pada tubuh badan kanak-kanak tersebut malah turut mengganggu tumbesaran kanak-kanak terbabit.Dalam hal ini, katanya, setiap kanak-kanak tersebut akan sakit berterusan dan tidak mustahil mereka akan mengalaminya sepanjang hayat mereka.
“Potensi kesan sampingan terhadap kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga akan menjadikan mereka berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.
“Begitu juga dengan tumbesaran kanak-kanak ini kerana waktu inilah tulang mereka hendak membesar dan oleh kerana masalah beg berat yang mereka terpaksa tanggung selama lima hari dalam seminggu boleh menyebabkan proses tumbesaran terbantut.
“Hal ini terjadi kerana apabila kanak-kanak terbabit membawa bebanan yang berat, mereka secara automatik akan membawa bebanan tersebut secara tunduk dan ke tepi dan hal ini sememangnya mempengaruhi tumbesaran tulang kanak-kanak ini,” ujarnya ketika ditemui di kliniknya, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai masalah tersebut, Dr. Azwa menjelaskan, kanak-kanak sepatutnya membawa bebanan 1/10 daripada berat badan dan tidak lebih daripada itu.Tambah beliau lagi, disebabkan masalah tersebut ada penambahan angka bagi pesakit tulang belakang dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah hari ini.
Begitupun, ulasnya, sakit leher dan juga bahu tidak terkecuali kerana pada masa yang sama berpotensi tinggi untuk memberi kesan yang sama.
Komen Ibu Bapa di Facebook

Daripada post ibu bapa diatas jelas menunjukkan bahawa mereka tidak puas hati kerana anak mereka perlu membawa beg yang berat ke sekolah. Daripada komen di atas, ibu bapa membuat kira-kira jumlah berat buku yang perlu dibawa ke sekolah. Ibu bapa ini ingin perhatian daripada pihak berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.
Mungkin disini ibu bapa bimbang anak mereka akan menghidap penyakit serius sekiranya sentiasa membawa bebanan yang berat. Mereka sebagai ibu bapa tidak sanggup untuk melihat kesengsaraan anak mereka untuk memikul beg yang berat. Murid sekolah rendah dapatlah membawa beg beroda tetapi murid sekolah menengah sangat tidak sesuai membawa beg beroda.
Namun yang demikian terdapat juga sesetengah ibu bapa yang tidak bersetuju dengan kenyataan ibu bapa di atas. Mereka beranggapan bahawa murid tidak memikul beg sepanjang masa di sekolah hanya pada waktu pergi dan pulang sekolah sahaja. Ibu bapa lain juga berpandangan bahawa ibu bapa tidak boleh terlalu manjakan murid sehingga semua benda mereka tidak boleh lakukan.




Daripada komen-komen di atas dapat disimpulkan disini bahawa terpulang kepada ibu bapa untuk mendidik anak mereka. Sekiranya bimbang anak akan menghadapi masalah kesihatan utarakan kepada pihak sekolah untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian. Adakan mensyuarat PIBG bagi membincangkan isu ini.
Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah membuat rak buku teks atau buku aktiviti di kelas supaya buku tidak perlu di bawa balik ke rumah. Guru kelas boleh menyusun buku murid di rak dan melatih murid menyusun buku. Namun yang demikian, guru kelas perlu astikan kelas perlu dikunci supaya masalah buku hilang tidak timbul.
Sekain itu, KPM juga ada cadangan untuk membuat buku teks elektronik. Ini salah satu cadangan untuk menangani masalah ini. Namun yang demikian, buku teks elektronik ini tidak digunakan sepenuhnya oleh semua sekolah. Mungkin KPM masih membuat kajian mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan buku teks elektronik.
Diharap perkongsian daripada admin dapat membantu semua diluar sana. Terima kasih kerana terus menyokong SGO.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |