Bank Soalan Tahun 5 Ujian Bulanan Mac

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Bank Soalan Tahun 5 Ujian Bulanan Mac
Bank Soalan Tahun 5 Ujian Bulanan Mac

Bank Soalan Tahun 5 Ujian Mac. Di sini SGO dengan rela hati mengumpul semua ujian Tahun 5 untuk bulan Mac bagi tujuan memudahkan kerja guru. Di bank soalan ini terdapat soalan-soalan ujian 1 bulan Mac untuk semua mata pelajaran.

Guru boleh terus download dengan menekan link di bawah.

11 Tips Menghadapi Ujian
1. Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Tenang dan percayakan diri sendiri
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3. Bersantailah tapi berhati-hati
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4. Preview soalan-soalan terlebih dahulu
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5.Jawab soalan secara strategik
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
mempunyai markah sedikit .

6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9. Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10. Analisa jawapan anda
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

11. Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T

 

Dapatkan Soalan Ujian 1 Bulan Mac Tahun 5


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘word’

Download : 

  1. Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian Mac 2017
  2. Bahasa Inggeris Tahun 5 Ujian Mac 2017
  3. Matematik Tahun 5 Ujian Mac 2017
  4. Sains Tahun 5 Ujian Mac 2017
  5. Pendidikan Islam Tahun 5 Ujian Mac 2017
  6. Pendidikan Moral Tahun 5 Ujian Mac 2017
  7. Muzik Tahun 5 Ujian Mac 2017
  8. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 5 Ujian Mac 2017
  9. Sejarah Tahun 5 Ujian Mac 2017
  10. Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 Ujian Mac 2017
  11. Teknologi Maklumat Tahun 5 Ujian Mac 2017
  12. Pendidikan Seni Tahun 5 Ujian Mac 2017

Guru boleh mengubah isi kandungan ujian mengikut kemampuan murid. Guru boleh berkongsi kepada semua guru soalan-soalan yang telah dikumpulkan daripada pelbagai sumber.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum