Bank Soalan Tahun 2 Ujian Bulanan Mac

Bank-Soalan-tahun-2
Bank-Soalan-tahun-2

Bank Soalan Tahun 2 Ujian Bulanan Mac ini admin rasa terpanggil untuk kongsikan. Sebelum ini admin telah kongsikan di Sistem Guru Online Bank Soalan Tahun 1 yang mengandungi soalan-soalan ujian bagi ujian sumatif bulan Mac.

Kali ini admin cuba untuk kumpulkan pula kertas-kertas ujian bulan Mac dan satukan di bawah post Bank Soalan Tahun 2 disini. Diharap perkongsian admin kali ini dapat membantu para guru untuk menyediakan kertas soalan peperiksaan.

Soalan Ujian Bulan Mac Sebagai Ujian Sumatif

Sebenarnya mungkin ramai guru atau ibubapa yang tidak faham apa itu penilaian atau ujian sumatif dan apa pula ujian formatif. Pada kesempatan ini admin akan rungkaikan sedikit perbezaannya.

Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.

 Ciri-ciri

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

PengertianSatu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.
TujuanMengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera.Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.
AktivitiMenjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.
MasaSemasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).
BentukUjian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat.Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian, lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.
SasaranSecara individu, secara kumpulan atau kelas.Secara kelas
LiputanMeliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan
RekodTiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal)Penggunaan rekod profil atau pensijilan.
TindakanMembetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.·   Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.

·   Merancan g dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum.

·   Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

Jadi diharap selepas ini lebih jelas. Sekaligus diharap semua faham kenapa ujian bulanan kita panggil sebagai ujian sumatif dan bukan ujian formatif.

Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini lebih bermakna buat semua. Mari kita sama-sama ucapkan terima kasih kepada para guru yang telah berkongsi soalan-soalan ini di dalam telegram, group facebook, dan blog.

Semoga urusan kalian dipermudahkan Allah. InsyaAllah

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum