
APDM Online Boleh Muat Turun Data & Eksport ke VLE Frog ini ialah sebenarnya bukan satu perkara yang baru. Namun ianya masih menjadi tanda tanya buat ramai guru yang mungkin kurang cakna atau kurang ambil peduli tentang perkara ini.
Jabatan Pendidikan Negeri JPNÂ mungkin tahu VLE Frog ini tidak semua sekolah yang mampu akses semaksima mungkin. Namun itulah guru, sentiasa fleksible dengan keadaan masa demi kepentingan murid menuntut ilmu.
Kali ini, Sistem Guru Online SGO akan kongsikan 1 tutorial mudah yang diambil sepenuhnya dari blog Wilayah Cikgu Norm Superb. Jom kita belajara serba sedikit ilmu tentang APDM Online
Muat Turun Data APDM Online dan Eksport ke VLE FROG
Langkah 1
- Login ke APDM Online seperti biasa.
- Klik Muat Turun Data
- Kemudian, Klik link yang tulis KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON KESELURUHAN DATA MURID SEKOLAH.

Langkah 2
- Isikan semua bahagian ini sebab nak rekod sebab bukan senang nak ambil data ni. SULIT. So cikgu gunakan untuk tujuan yang betul sahaja.
- Setelah selesai isi, kliklah butang MOHON DATA MURID.

Langkah 3
- Setelah maklumat di isi, klik butang KLIK UNTUK MUAT TURUN

- Setelah data dimuat turun, anda akan dapat fail dalam bentuk yang dikehendaki oleh VLE-Frog. Macam ini lebih kurang formatnya.

Jangan ubah apa-apa. Tapi saya punya masalah semasa saya nak IMPORT data ini kerana dia REJECT dengan alasan seperti berikut.

Langkah 4
- Puas saya fikir kenapa. Jadi saya “try and error”. File yang dimuat turun adalah dalam format .xls dan saya cuba untuk SAVE AS menjadi .xlsx dan akhirnya berjaya!

- Nombor 1 ialah fail asal dan nombor 2 adalah setelah saya SAVE AS. Selamat Mencuba!!
Baiklah rasanya itu sahaja perkongsian SGO kali ini. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi tutorial ini.
Update Video Tutorial Eksport Data APDM & Import ke Vle Frog
Update pada 10 April 2017
Jika anda mempunyai masalah, sila rujukan tutorial yang diberikan dibawah. Tonton video berikut.
Langkah-langkah :
Untuk yang mengalami masalah cuba ini.
1. Login ke APDM
2. Eksport maklumat murid dari apdm.
3. Edit file (xls) yang anda dapat. Perhatikan file asal mempunyai banyak sheet. Sila asingkang sheet itu kepada beberapa file. Kalau pada awal anda ada 1 file yang mempunyai 10 sheets, sila edit jadikan 10 files yang hanya mempunyai 1 sheet.
4. Rename sheet tadi dengan nama kelas yang betul.
5. Log masuk ke vle frog.
6. Klik pada tab Group,
7. Masukkan nama kelas tahun 1 / tingkatan 1 dan save.
8. Import data anda. Choose file dan confirm.
9. Selesai. Jika ada ralat, ada sesuatu yang anda perlu edit pada fail excel tadi. Sila baiki dan upload balik.
10. Nama dan IC ibu bapa tidak wajib dimasukkan. Jika data APDM hanya ada salah satu maklumat tersebut, error akan dipaparkan. Untuk penyelesaian, kosongkan sahaja kedua-dua maklumat tersebut dari fail excel.
Kredit video asal dari Cikgu Mohd Fadzil
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum