Video – Guru Belasah Menampar dan Menendang Murid semasa Mengajar

Video - Guru Belasah Menampar dan Menendang Murid semasa Mengajar
Video – Guru Belasah Menampar dan Menendang Murid semasa Mengajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Video – Guru Belasah Murid semasa Mengajar. Kejadian berlaku di Alor Setar iaitu pada 27 Februari 2017.

Seorang pelajar di sebuah institut latihan perindustrian (ILP) membuat akuan gurunya pertama kali menampar dan menendangnya semasa sesi pengajaran semalam.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Imran mengakui rakaman video ini langsung tidak dirancang dan memberitahu kebiasaan guru ini akan naik tangan bila dia berang kepada pelajarnya.

“Selalu (tenaga pengajar) tangan ja… kemarin taktaw sampai jdi macam tu (selalu tangan sahaja… semalam tidak tahu sampai jadi macam itu) .

Semalam pertama kali dia pukul kepala dan tendang,” katanya melalui wawancara dari pihak akhbar Utusan.

Menurut Imran (20 tahun), dia tidak mahu melaporkannya pada polis kerana ibu bapanya berniat untuk bertemu guru tersebut sebelum apa apa tindakan lanjut.

Pada video selama 1:42 minit itu, kekerasan  guru ini telah mengundang kemarahan pembaca pembaca di laman sosial Facebook.

Video ini menunjukkan seorang pelajar sedang membetulkan kompresor penghawa dingin sambil diperhatikan oleh guru tersebut.

Video Guru Belasah Murid semasa Mengajar

Pada 0.28 saat, guru tersebut kelihatan mulai berang dan bertindak menarik telinga, mengetuk kepala pelajar terbabit

Pada 0.48 saat, guru itu sambil mengajar dalam nada marah, menendang kaki pelajarnya.

Pada 0.58 saat, guru itu sekali lagi memukul kepala pelajar tersebut sambil mengungkap perkataan bodoh.

Guru itu juga menyepak remaja yang tengah duduk melutut sehingga terjatuh semasa membetulkan kompresor tersebut.

Selain itu guru ini juga menampar muka Imran dua kali dalam video ini sambil bertanya sama ada pelajar itu faham atau tidak.

Video ini telah ditonton sebanyak 442,000 di laman Facebook ViralMeletop dan dikongsikan sebanyak 5,600 kongsi sehingga pagi 28 Feb ini.

Dibawah antara beberapa komen marah dan nasihat dari netizen terhadap video ini.

Video - Guru Belasah Menampar dan Menendang Murid semasa Mengajar
Video – Guru Belasah Menampar dan Menendang Murid semasa Mengajar

Screenshot 20170228 075232 Screenshot 20170228 075151 Screenshot 20170228 075122

sumber asal : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-8216-selalu-pukul-tangan-sahaja-8217-1.449595

Semoga perkongsian dari admin dapat dijadikan pengajaran dan garis panduan bagi kita tenaga pengajar di sekolah.

Disamping itu, jangan kerana satu isu ini, habis dipandang rendah para guru yang lain. Namun yang tidak baik itu haruslah dijadikan sempadan.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.