foto dari BHARIAN
Uji Kemampuan Menjawab Soalan KBAT melalui FullAMark
Merujuk kepada posting SGO yang terdahulu, kami telah membuat pengenalan KBAT, sila rujuk pada pautan di bawah untuk penjelasan terperinci KBAT.
APA ITU KBAT
Kadang kadang kita perlukan sesuatu untuk mengukur kebolehan murid murid dalam penguasaan mereka dalam KBAT yang mana ia mengatasi kesukaran seperti;
a) Persediaan Masa
b) Ketepatan kepada silibus sebenar
c) Pemeriksaan yang cepat
d) Waktu Penilaian yang fleksibel.
Dari situ, terdapat alternatif baru pada para guru untuk membantu membuat penilaian tahap murid murid dalam penguasaan mereka terhadap KBAT iaitu melalui laman FullAMark.
Pautan penuh laman web ini adalah seperti di bawah.
Mengenai FullAMark
Merupakan portal interaktif bagi murid murid menjawab pelbagai jenis soalana serta menguji kemampuan menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pelbagai topik.
Penyelaras FullAMark adalah Pn Noor Azlina Zainudin menjelaskan bahan latih tubi dan soalan baharu dalam pelbagai bentuk membabitkan
peringkat ujian penting persekolahan di Malaysia iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (
UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Topik akan dimuat naik setiap isnin dan dibina khusus bagi murid murid untuk mebuat latihan bila bila masa walaupun diluar waktu persekolahan.
“Sebagai contoh, antara topik yang baru dimuat naik Isnin lalu ialah latihan menjawab Bahagian B bagi kertas Penulisan Bahasa Melayu (BM) peringkat UPSR.
“Lebih menarik, penulis yang juga guru berpengalaman turut menyertakan panduan dan tip bagi membantu pelajar menulis perenggan pendahuluan, isi serta penutup dengan baik,” katanya.
Noor Azlina berkata, pelajar juga berpeluang menguji kemahiran menjawab soalan komponen sastera bagi mata pelajaran BM yang mengetengahkan topik Gurindam Beberapa Petua Hidup dan beberapa novel bagi subjek BI.
Topik lain peringkat UPSR ialah latihan Kertas 1 (Bahagian B: Soalan 21) bagi subjek Bahasa Inggeris (BI), Peratus (Penyelesaian Masalah) bagi Matematik dan Perkumuhan bagi Sains.
Bahagian PT3 pula menampilkan latihan topik Penggandaan dan Pengimbuhan Kata Majmuk bagi subjek BM, Information Transfer: Non-Linear Text bagi BI, Nombor Berarah bagi Matematik dan Sumber di Bumi bagi subjek Sains.
Sementara itu, dua lagi topik peringkat SPM ialah Garis Lurus bagi Matematik dan Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua bagi Sejarah.
Penggunaan FullAMark adalah tertakluk kepada tawaran harga RM100 bagi langganan setahun. Tawaran ini tamat pada 14 Februari nanti.
Sekiranya para guru menemukan perkongsian ini amat menarik, bolehlah melanggan FullAMark sekarang bagi melaksanakan rancangan pendidikan anda di sekolah.
Silakan berkongsi maklumat pada posting ini pada rakan rakan dan teruskan menyokong SGO.
sumber : http://www.bhpendidikan.com.my/newspage/fullamark-uji-kemampuan-menjawab-soalan-kbat