“Saya sudah Graduasi, Saya mesti nak Vios ataupun City”

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

orang muda bankrap beli kereta mewah
orang muda bankrap beli kereta mewah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Binasa Pengurusan Kewangan apabila”Saya sudah Graduasi, Saya mesti nak Vios ataupun City”. Berikut merupakan pemikiran anak anak muda yang baru sahaja graduasi. Guru muda juga tidak terlepas.

Posting kali ini admin SGO berniat untuk berkongsikan satu pos berkenaan kewangan. Pos asal bersumberkan laman Ohmymedia.cc dan kerana ianya sangat bermanfaat, admin ingin kongsikan juga di sini.

Apabila graduasi sahaja, pemikiran anak muda menjurus kepada sikap menunjuk nunjuk.

Apabila berkereta ingin tunjukkan kereta yang diimport. Paling rendah Vios atau City. Apabila makan ingin ditunjukkan tempat berkelas 4 atau 5 bintang. Tidak lupa pada pakaian serta segala aksesori dipakai.

Adakah ini satu sikap yang menguntungkan? Adakah orang lain peduli apa yang kita punya pada hakikatnya?

Sebenarnya langsung tidak. Masyarakat tidak pernah peduli sama ada seseorang itu berkereta mewah, BMW atau Mercedes. Ataupun berkereta Perodua Kancil ataupun sekadar VIVA sahaja.

Anak muda sering mencari kereta yang ‘Mampu Beli’ tetapi tidak ‘Mampu Bela’ dan akhirnya tanggungan tersebut menjadi tidak ‘Mampu Milik’.

Pilihlah dari awal kenderaan ‘Mampu Milik’ agar perancangan kewangan di masa hadapan kita tidak terganggu.

Sebenarnya nafsu inilah yang menghancurkan bangsa kita. Mestikah kita menunjuk nunjuk dan berpegang pada alah membeli dan menang memakai? Mari kita lihat apa yang terjadi dengan impian berkereta mewah ini.

Anggarkan gaji bersih graduasi baru iaitu sekitar RM 2,500. Dengan membuat maksimum pembiayaan Kereta Honda Vios sebulan pembayaran ialah RM 850.

Dalam fikiran anak muda mereka hanya mengambil kira duit gaji tolak pembiayaan bulanan iaitu RM 850. Bermakna difikirkan RM 2,500 – RM 850 = RM 1,650.

Namun hakikatnya kos pembiayaan kereta itu terus diabaikan dalam kira kira mereka.

Sekiranya mereka sedar setiap bulan mereka perlu mengambil kira kos Tol, Saman, Basuh Kereta, Parking, Minyak Petrol, Aksesori dan membuat simpanan bagi penukaran brek, bateri, minyak gear, tayar dan pembelian takaful, pembelajaan mereka pastinya ‘burst’ ataupun meletup.

Berdasarkan rajah kira kira di atas, kesemua kos penyelenggaraan bulanan Vios atau City sudah memerlukan RM 1,169 tambahan kepada Rm 850 pembiayaan hutang bulanan.

Sekiranya gaji bersih RM 2,500. Baki belanja bulanan anda ialah RM 2,500 – RM 850 – RM 1,169 = RM 481 sahaja.

Bergaji RM 2,500 tapi hari kedua selepas gaji baki wang hanyalah RM 481. Berbaloikah nafsu kereta ini?

Mampukah RM 481 menampung kos sara hidup sebulan di Malaysia. Sedangkan ekonomi negara kita makin buruk.

Bersempena ini ayuhlah anak muda kita sedar diri dan celik kewangan. Lupakan kereta idaman dan binalah pengurusan kewangan yang sihat selepas mula bekerja.

Seharusnya kita elakkan daripada bergantung kepada ibu bapa apabila sudah bekerja kerana tiba masanya untuk kita berkhidmat kepada pengorbanan ibu bapa kita selama ini.

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang mula memasuki alam pekerjaan termasuk guru muda.

Semoga bermanfaat dan terima kasih.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.

telegram sistemguruonline