TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

Teks Bercerita Kisah Kisah Nabi

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
teks bercerita kisah-kisah nabi
teks bercerita kisah-kisah nabi

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Sila dapatkan Teks Bercerita Kisah Kisah Nabi di sini. Apa khabar semua pembaca setia Sistem Guru Online (SGO) hari ini? Admin harapkan anda semua sentiasa dalam lindungan tuhan dan sejahtera bersama keluarga yang tersayang.

Hari ini, admin SGO ingin berkongsikan teks bagi tujuan perceritaan pelajar pelajar. Biasanya tujuan teks ini sesuai untuk acara pertandingan bercerita iaitu aktiviti sekolah ataupun sekadar aktiviti dalam kelas.

Apabila disebut kisah para nabi, sudah pasti kita tidak boleh sewenang wenangnya mereka teks cerita beserta dalil dalil yang berkaitan kan?

Selain itu, isi penceritaan juga hendaklah selari dengan objektif dan kurikulum sekolah. Sudah pasti banyak teladan dari kisah kisah nabi, namun bagi penglibatan awal kepada pelajar kita boleh pilih cerita cerita itu bersesuaian dengan tahap pemahaman pelajar.

Aktiviti aktiviti seperti ini sudah pasti boleh mendidik dan meningkatkan keyakinan diri pelajar pelajar kita. Selain itu, panduan kisah ini sudah pasti dengan asas ilmu dan tidak terpesong dari kisah kisah sebenar nabi nabi yang mulia.

Pada setiap teks ini, kandungan sudah dibahagi mengikut bahagian bahagian tertentu iaitu Pendahuluan, Pengenalan Cerita, Isi dan Huraian, Sambungan Isi Beserta Nas Nas, dan Pengajaran dan isu semasa berkaitan. Bahagian terakhir adalah Penutup.

Di dalam Teks Bercerita ini, terdapat empat (4) tajuk seperti yang dimaksudkan iaitu Kisah Kesabaran Nabi Ayub A.S, Kisah Perang Uhud Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W yang mulia, Kisah Pengorbanan Nabi Ismail A.S, dan Kisah Ketabahan Nabi Yaakub A.S.

Senarai Salinan Teks Cerita Para Nabi

Sila klik pada pautan yang berkenaan.

  1. KISAH PERANG UHUD

2. KETABAHAN NABI YAAKUB

3. KESABARAN NABI AYUB

4. PENGORBANAN NABI ISMAIL

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan.

Jangan lupa untuk mendapatkan pengajaran dari teks ini kepada diri kita sendiri dan manfaatkan dakwah ini pada diri kita, keluarga kita dan seluruh sahabat sahabat kita.

Semoga bermanfaat dan selalu di dalam lindungan Allah.

Kredit : Pn Nani untuk berkongsi teks penceritaan ini.