Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh
Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Peluang kepada semua cikgu-cikgu di luar sana. Pemohonan melanjutkan pelajaran bergaji penuh sudah di buka.

Bagi guru-guru yang mahu sambung belajar ini peluang keemasan. Jangan lepaskan peluang ini bagi cikgu sambung belajar dengan bantuan 100% kerajaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh.

Ianya bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM.

Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

Jika cikgu mahu memohon boleh klik laman di bawah:

https://epenawaran.moe.gov.my. 

Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam Sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) sebelum mengemukakan permohonan untuk memudah dan melancarkan proses permohonan.

Link Kemaskini Maklumat Perkhidmatan : eOperasi Kemaskini Maklumat

Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan Sistem e-Penawaran

Sebagai makluman tambahan, Kementerian Pendidikan Malaysia juga ada menawarkan perkhidmatan perkhidmatan yang lain selain cuti belajar bergaji penuh.

Contoh Tawaran KPM Bergaji Penuh

Umpamanya mengikuti kursus pertukaran guru ke Korea dan juga Jepun. Kami di SGO juga pernah berkongsikan tawaran tawaran tersebut pada posting kami sebelum sebelum ini.

Anda bolehlah melihatnya pada link di bawah.

  1. Tawaran Program Pertukaran Guru Malaysia – Korea (KOMTEP) Selama 3 Bulan (Ogos – November) 2017

2. Tawaran Latihan Percuma KPM kepada Guru ke Jepun dengan Elaun Bulanan RM 5,500

Perkongsian ini sebenarnya telah tamat tempoh tawarannya.

Namun kami ingin berkongsikan makluman sebenarnya ada tawaran tawaran menarik dalam KPM yang kita mungkin terlepas pandang.

Jadi kami pasti akan berkongsikan setiap jenis tawaran menarik kepada anda dari semasa ke semasa agar peluang yang baik seperti ini menjadi rezeki salah seorang pelawat laman web kami.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita bersama.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum