
Kata Kerja merupakan salah satu tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid. Mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi sukar sekiranya murid tidak menguasai tatabahasa dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai setiap perkataan dalam kamus Bahasa Melayu.
Murid masih keliru dalam penggunaan kata kerja dengan betul dan tepat. Mereka juga tidak dapat membezakan antara kata nama, kata kerja, kata sendi dan banyak lagi. Murid yang membesar dengan pelbagai persekitaran, loghat dan bahasa rojak menyebabkan mereka kadang kala gagal menjawab soalan yang melibatkan kata kerja dengan betul.
Selain itu, murid yang berbangsa lain mempelajari Bahasa Melayu turut mengalami pelbagai masalah dalam penggunaan kata kerja dengan betul dan tepat. Mereka sudah biasa dengan bahasa mereka dan susah untuk menguasai Bahasa Melayu dengan betul.
Contoh kesalahan kata kerja yang sering dilakukan oleh murid ialah penggunaan perkataan “melihat”. Bagi mereka melihat adalah perbuatan menggunakan mata seperti melihat televisyen, melihat wajah dan sebagainya
Mereka fikir penggunaan kata kerja harian yang digunakan betul kerana tidak ada orang yang menegur kesilapan itu. Sepatutnya perkataan yang lebih tepat untuk digunakan adalah menonton televisyen dan memandang wajah.
Dapatkan Slide Kata Kerja Dengan Penerangan Bergambar
Disini admin kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Bahan ini boleh digunakan waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menggunakan LCD. Murid akan lebih seronok dan faham kerana mempunyai penerangan bergambar. Murid akan lebih faham sekiranya menggunakan gambar daripada lisan sahaja.
Download : Slide K.Kerja beserta penerangan bergambar
Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu guru yang memerlukan.
Berkongsilah bahan ini dengan guru-guru yang lain. Semoga sistem pendidikan Malaysia terus berkembang dan maju serta dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |