Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

semakan pegawai perkhidmatan pendidikan
semakan pegawai perkhidmatan pendidikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 bil.3 2017. Apa khabar semua pembaca blog kami iaitu Sistem Guru Online (SGO)? Semoga anda tenang dan senantiasa sihat supaya dipermudahkan membuat tugasan pada hari mendatang.

Diantara pembaca sekalian, terdapat sesiapakah yang menjalani temuduga ataupun membuat permohonan penempatan pendidikan pada sesi bil.3 2017?

Sekiranya ya, sukacita dimaklumkan bahawa anda sudah boleh membuat semakan terhadap  Penempatan Pegawai Perkhidamatan Pendidikan DG41 bil.3 2017.

Semakan ini dapat dibuat bagi kedua dua kategori iaitu bagi Sekolah Menengah dan juga bagi Sekolah Rendah.

Semakan ini adalah bermula pada hari ini dan ianya seperti kenyataan berikut;

  • Tarikh Mula : 20 Februari 2017
  • Tarikh Akhir : 1 April 2017
  • Tarikh Penempatan : 1 Mac 2017
  • Waktu Semakan Penempatan : 12 a.m.

Semakan Penempatan Pegawai Pendidikan DG41 bil 3. 2017


Disini admin nak kongsikan pautan bagi melakukan semakan tersebut. Sila klik pada pautan yang telah disediakan.

Klik : Semakan Pegawai Penempatan Pendidikan DG41

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang menantikan keputusan ini dengan penuh debaran.

Tiada yang lebih baik kami ingin doakan melainkan agar anda diterima dengan penuh sukacita menuruti dan mendapat tawaran penempatan pendidikan.

Bagi yang mendapat tawaran, ribuan tahniah diucapkan dan selamat datang kepada alam perguruan. Berbaktilah dan curahkan ilmu dengan penuh keikhlasan pada nadi bangsa kita.

Semoga tuhan memberkati usaha kerja kita bersama sama dan semoga perkongsian kali ini penuh bermanfaat.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.