TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

RPT Pendidikan Jasmani Tahun 6

Assalamualaikum semua guru yang terlibat dengan Pendidikan Jasmani.

Posting kali ini Sistem Guru Online bertujuan untuk berkongsikan RPT Pendidikan Jasmani Tahun 6.

Kelebihan RPT kali ini status nya telah disemak oleh guru Pendidikan Jasmani sendiri di sebuah sekolah di Melaka.

Setiap bahan telah disesuaikan dengan takwim negara Malaysia sama ada menghadapi bulan puasa ataupun tidak.

Modul yang dibina adalah tidak menurut turutan dan harus diingat pengajaran pada minggu 33 adalah perulangan modul modul yang awal.

Para guru bolehlah sesuaikan modul modul yang disediakan mengikut situasi masing masing dan yang penting silakan membuat RPT ini dengan ‘enjoy’.

Masa pendidikan jasmani adalah masa yang sesuai untuk menghilangkan tekanan kerja dan pembelajaran pelajar pelajar.

Ayuh kita lakukan dengan penuh gembira dan manfaatkan waktu PJ dengan lebih berkualiti.

Senarai RPT Pendidikan Jasmani Tahun 6

Setiap RPT ini adalah di dalam bentuk format Microsoft Office. Jadi penulisan asal mungkin akan berubah ubah format dan jarak teks bergantung kepada sistem komputer masing masing.

Silakan periksa terlebih dahulu dan perelokkan susunan ini sendiri sebelum diisi dan dihantar kepada pengurusan yang tertentu.

Pautan bagi memuat turun RPT PJ boleh didapati di bawah ;

Petikan asal kepada posting ini telah bersumberkan :

http://gengpjmelaka.blogspot.kr/p/tahun-6.html

Sekian sahaja perkongsian dari SGO.

Diharapkan ianya bermanfaat dan teruskan menyokong kami di SGO.