Ragam Eg-Tukar: Cikgu Anwar Dukalara menjadi Duka bertukar Gembira

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini  1 Februari 2017 merupakan hari yang ditunggu oleh guru-guru yang sedang berdukalara kerana berjauhan dengan keluarga. Terdapat juga guru yang mahu pulang mengajar di kampung halaman. Semua guru yang mahu memohon pindah telah membuka egtukar pada hari ini. Namun yang demikian, kebanyakkan guru yang gembira bertukar duka kembali apabila negeri yang mahu dipohon tidak di buka.

Pelbagai status dimuat turun oleh guru-guru yang kecewa kerana negeri atau daerah yang mahu dipohon tidak dibuka kerana sudah penuh. Guru meluahkan perasaan tidak puas hati kerana tidak dapat memohon pindah. Mungkin belum rezeki mereka untuk berpindah.

Disini admin mahu berkongsi cerita mengenai seorang guru yang telah lama berkhidmat di Kapit Sarawak. Tahun ini merupakan tahun yang keenam Cikgu Anwar berkhidmat di sebuah sekolah pedalaman tiga, SK Nanga Ibau, kapit. Cikgu anwar telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan ini dia telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata.

Keluarga Cikgu Anwar

Pada setiap tahun harapan Cikgu Anwar ialah dapat berpindah supaya dapat bersama dengan keluarga yang telah 2 tahun berpisah jarak jauh. Namun yang demikian tiap tahun keputusan eg tukar menghampakannya. Mungkin bukan rezeki cikgu Anwar lagi mahu tinggal bersama ahli keluarganya.

Pada tahun lepas, negeri yang mahu dipohon iaitu Kedah tidak dibuka. Pelbagai reaksi tidak senang Cikgu Anwar dan pelbagai cara digunakan supaya dapat berpindah. Namun, keputusan egtukar tetap tidak menyebelahinya.

Pada 1 Februari 2017 sekali lagi cikgu Anwar hampa kerana negeri yang mahu di pohon iaitu Kedah masih lagi tidak dibuka permohonan kerana penuh. Keluhan Cikgu Anwar di Facebook menjadi prihatin kawan di sekeliling. Siapa yang dapat tahan dan menanggung berpisah dengan anak dan isteri? Sudah pasti semua guru akan bersungguh-sungguh untuk memohon pindah agar dapat bersama dengan keluarga.

Luahan hati Cikgu Anwar Di Facebook

Namun kekecewaan itu bertukar menjadi gembira apabila Negeri Kedah di buka pada malam hari. Cikgu Anwar mencuba sekali lagi membuka egtukar dan hatinya bertukar gembira apabila Kedah sudah dibuka. Ini dikatakan rezeki tidak akan ke mana. Jadi guru diluar sana jangan jemu untuk sentiasa buka portal egtukar walau  pada kali pertamanya menghampakan mungkin kali kedua akan menggembirakan. Mungkin apabila ada guru yang minta keluar daripada negeri Kedah secara automatik Negeri Kedah ada kekosongan.

Luahan gembira Cikgu Anwar di Facebook

Setelah Cikgu Anwar mengisi egtukar, tiba-tiba kehadiran beberapa orang murid memberikan kad perpisahan. Adakah ini satu tanda bahawa cikgu anwar akan berpindah???

Daripada kisah cikgu anwar ini, cikgu diluar sana perlu sentiasa mencuba untuk mengisi egtukar. Kalau ad rezeki tidak akan ke mana. Jangan sesekali kita putus asa kerana orang yang putus asa ini adalah orang yang rugi. Aturan Allah adalah yang terbaik. Admin doakan agar keputusan egtukar Cikgu Anwar kali ini akan berjaya. Admin doakan guru-guru di luar sana yang telah mengisi egtukar akan berjaya.

 

perjalanan ke sekolah sk nanga ibau

 

Cikgu Anwar bersama murid

Admin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa menyokong SGO.
.