Assalamualaikum semua para guru.
Posting kali ini bertujuan untuk berkongsikan program kecemerlangan tahunan UPSR bagi tahun 2017.
Seperti yang kita sedia maklum, setiap sekolah akan menyasarkan target pencapaian UPSR bagi setiap tahun. Pelbagai program pendidikan atau kelas tambahan akan dirancang bagi memastikan usahasama diantara guru dan pihak sekolah dilakukan sebaiknya.
Di samping perancangan pembelajaran, kita juga tidak harus melupakan untuk menerapkan elemen elemen rohaniah, aktiviti luar bilik darjah, dan pelan pembelajaran sistematik bagi calon calon UPSR.
Perancangan seperti ini haruslah dilakukan berhati hati dan sekiranya kita sudah mempunyai satu pelan yang berkesan ia tidak perlu dioptimumkan lagi. Apa yang harus ditumpukan adalah pelaksanaan tahunan secara berkesan.
Daripada ilham ini, Sistem Guru Online berniat untuk berkongsikan jadual ataupun pelan tahunan  yang boleh dilakukan pihak sekolah dari awal tahun 2017 hingga akhir tahun 2017 untuk melengkapkan program kecemerlangan sekolah bagi UPSR pada tahun ini.
Sila dapatkan perkongsian pada pautan yang disediakan di bawah.
Program Kecemerlangan Tahunan UPSR bagi Tahun 2017
Pada setiap tahun, kita sangat bimbang apakah prestasi pencapaian murid sekolah kita bagi UPSR tahun ini kan. Bukan apa, selain ia mempengaruhi masa depan murid murid, kita sebagai guru atau panel pengajar pelajar UPSR ingin melihat prestasi KPI pencapaian guru melalui pencapaian keseluruhan UPSR sekolah.
Tambahan kejutan keputusan UPSR bagi tahun 2016 yang sangat rendah, sudah pasti pihak jawatankuasa GPK sekolah perlu lebih berhati-hati dalam menyusun program kecemerlangan UPSR bagi tahun ini.
Jadi bolehlah ambil pelan ini sebagai rangka agar dalam menyusun perancangan tahunan, tidak ada item item ataupun aktiviti aktiviti sampingan yang terlepas pandang. Sudah tentu, pelajar pelajar tidak dapat belajar dengan elok sekiranya hanya pendidikan secara pembacaan yang ditumpukan.
Sekiranya, diselitkan dengan aktiviti aktiviti bersama ibu bapa dan rohaniah mereka akan merasa lebih tenang dan ‘refresh‘ semangat mereka setiap sesi sampingan ini dilakukan.
Sebagai tambahan, SGO juga melihat contoh pelaksanaan Program Kecemerlangan UPSR yang telah dilakukan bagi tahun 2016. Daripada dua bentuk pelaksanaan ini, bolehlah para guru dan jawatankuasa GPK sekolah membandingkan kelebihan dan kekurangan setiap pelaksanaan dan memilih yang terbaik bagi pelaksanaan di sekolah anda sendiri.
`
Perkongsian pelaksanaan ini pula boleh didapatkan pada pautan di bawah.
Contoh Pelaksanaan Kecemerlangan UPSR 2016.
Pelaksaan PROGRAM PENINGKATANÂ UPSR 2016
2016
Kelas Tambahan Fasa 2 Selepas Waktu Persekolahan
& Masa Cuti
Bisikan Nurani Tahun 6 Bersama Barisan
Pentadbiran Sekolah
Jadual Anjal Dilaksanakan Selepas Peperiksaan
Percubaan
Bengkel / Seminar Teknik Menjawab Semua Subjek
Upsr
Latih Tubi
Tutor
Pecutan Akhir
Slot Teknik Menjawab
Motivasi Diri
Rehatkan Minda
Majlis Mohon Restu
Bacaan Yassin dan Solat Hajat Bersama Waris
Pelajar
Dirancang Dan Sedang Dijalankan
Perancangan Tahun 2016
Bakal Dijalankan
2016
Topikal
2016
2016
Ujian
Intensif (Jumaat / Sabtu)
Guru
Ketidakhadiran Ke Kelas Tambahan
Latihan Tidak Dilakukan @ Tidak Lengkap @ Tidak
Berkualiti.
Tiada Kesungguhan @ Minat Dalam Pembelajaran.
Tidak Fokus Semasa Pnp – Pandang Ke Luar Kelas,
Bersembang Dengan Rakan.
Alat Tulis Tidak Lengkap, Pinjam Pada Rakan –
Hilang Tumpuan.
Melengahkan Kerja Sekolah@Tugasan.
Membazir Masa Dengan Bermain Di Belakang Kelas –
Waktu Senggang@Sebelum Memulakan Kelas Tambahan.
Sebahagian Pelajar Masih Tidak Menghafal Sifir.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan silakan berkongsi pengisian ini kepada rakan rakan guru anda.
Terima kasih dan teruskan menyokong SGO.