Peti Aduan Disiplin – ‘Suara Pengadu tanpa Dikenali’

 

Peti Aduan Disiplin – ‘Suara Pengadu tanpa Dikenali’

“Cikgu, si Abu selalu minta duit saya”

“Cikgu, saya kena berkokok atas locker saya. Senior paksa”

“Cikgu, sebenarnya si John ni pengedar dadah”

“Cikgu, si ???? beli nasi setiap hari guna duit saya”

“Cikgu saya tahu siapa curi motor Haris”

Pernah tak para guru selalu mendengar keluhan atau aduan ini dari para pelajar?

Tak pernah kan? Ataupun jarang sangat.

Tapi tahu kah yang sebenarnya, kes ini sebenarnya berlaku di sekolah hampir setiap hari?
Admin SGO rasa perkara ini semestinya disedari para guru. Namun cara mengatasi yang paling berkesan bagi masalah masalah seperti ini tidak dikenalpasti.

SGO merasakan melalui pengalaman pengalaman menjadi pelajar dahulu, mengapa pelajar pelajar yang bermasalah disiplin sangat besar kepala.

Sebabnya mereka rasa mereka lah tuan di sekolah dan paling berkuasa. Padahal semua itu hanya angan angan yang menghancurkan masa depan sahaja.

Pengadu ataupun mangsa buli pula langsung tak berani nak beritahu guru. Ye lah, nanti mereka akan diburu diluar waktu sekolah.

Mungkin akan dipukul, diambil duit atau apa apa sahaja seperti yang tular sebelum sebelum ini di ‘Youtube’ atau ‘Facebook’.

Ataupun dikejar bila balik asrama nanti. Kesudahannya, hari hari lah mereka dibuli sampai lah habis sesi persekolahan.

Trauma dan kesan daripada masalah disiplin sangat buruk. Sudah pasti bukan tanggungjawab mutlak para guru sebab masalah disiplin ini tiada siapa yang boleh dipersalahkan.

Hanya kita sebagai guru yang cakna akan masa depan pelapis masyarakat haruslah membuat inisiatif inisiatif yang terbaik bagi mencegah masalah disiplin ini lagi.

Kadang kadang bila diserahkan pada pihak penguatkuasa ada yang mengambil mudah sahaja. Bahkan langsung tak dilayan.

Susulan satu ucapan dari Dato’ Seri Mahadzir Khalid semalam di Terengganu, beliau menyarankan agar pihak sekolah menyediakan “Peti Aduan Masalah Disiplin”.

Konsepnya mudah sahaja. Sediakan peti aduan di kawasan sekolah dan pengadu tak perlu umumkan identiti mereka.

Setiap aduan akan diambil alih oleh guru disiplin dan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar untuk menganalisis aduan aduan dan memilih tindakan selanjutnya yang difikirkan paling terbaik.

Selepas itu, guru yang terlibat juga boleh menghubungi pihak berkuasa sekiranya skala masalah disiplin didapati kritikal atau sehingga menjadi punca masyarakat rosak.

Teks ucapan asal seperti berikut;

“Melalui peti aduan ini pelajar boleh melaporkan walaupun dia tidak tulis nama, sekurang-kurangnya jika ada perkara yang diketahui, ia boleh disalurkan kepada pihak sekolah dan kementerian.

“Peti aduan ini akan diletakkan di bawah penyeliaan guru disiplin atau penolong kanan hal ehwal pelajar sekolah masing-masing,” katanya selepas perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Peti Aduan Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad Kuala Nerang di sini hari ini.

Yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Mahdzir berkata, kewujudan peti aduan tersebut perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar dan pihak sekolah dengan segera menyiasat setiap maklumat yang diperoleh sebelum melaporkan kepada kementerian dan pihak berkuasa.

“Pelajar tidak perlu takut untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan pelajar yang terbabit dalam salah laku ini kerana setiap maklumat yang dilaporkan adalah rahsia,” katanya.

sumber : http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/video-sekolah-diminta-sediakan-peti-aduan-1.440996#sthash.eV5Gzg0P.dpuf

Faktor utama masalah disiplin dan pelaku disiplin tidak diketahui sebenarnya :

1. Mangsa yang diugut jika buat laporan
2. Tiada Platform yang mudah untuk buat aduan.
3. Ibu bapa yang terlebih melindungi kesalahan anak anak

Jadi pihak pembaca semua merasakan bagaimana dengan saranan Menteri Pendidikan semalam? Setuju tak?

Admin SGO berpendapat pandangan ini wajib dilaksanakan di setiap sekolah.

Untuk tambahan, pihak sekolah boleh perkenalkan page ‘facebook’ atau apa apa laman sosial yang bertujuan untuk aduan disiplin supaya pelajar dapat buat laporan melalui kemudahan kemudahan yang disediakan.

‘Prevention is better than cure’. Jom kita sama sama sahut usaha ini mewujudkan Peti Aduan. Banteras masalah disiplin dari berkembang.

Sekian sahaja perkongsian SGO. Terima kasih dan teruskan menyokong kami di SGO.