
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Jom Hadir ke Pesta Pendidikan dan Sambung Belajar. Tahukah anda apa itu pesta pendidikan dan Sambung Belajar?
Kenapakah kita perlu tahu mengenai pesta ini dan bagi sesetengah golongan sangat berguna untuk menjejakkan kaki ke pesta ini.
Baiklah, admin SGO kali ini berniat untuk bercerita mengenai Pesta Pendidikan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur. Berikut adalah jadual yang sebenar;
Tarikh :Sabtu, 11 Mac 2017 – 12 Mac 2017
Tempat : Pusat Pameran Beli Belah Mid Valley, Kuala Lumpur (Dewan 1,2, & 3, Atrium & Foyer)
Masa : 1100 am sehingga 0700 pm
Bagi sesiapa sahaja iaitu lepasan SPM, STPM, dan lepasan sekolah UEC, ibu bapa, para guru, pelajar universiti, ahli pekerja, ahli korporat dan masyarakat awam sepatutnya menghadiri pesta ini.
Tujuan utama pesta ini ialah memaparkan peluang peluang pendidikan tinggi dan tujuan sambung belajar yang terdapat di Malaysia sekarang ini.
Sekiranya ada diantara kita yang sering mencari peluang untuk memajukan kebolehan diri, pesta ini sangatlah bersesuaian bagi anda.
Jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda begitu bersemangat untuk menjadi prasiswazah ataupun menjalani kursus siswazah.
Sudah pasti sebahagian dari kita tidak memahami dengan jelas bagaimana ingin membuat permohonan lanjutan pelajaran terutamanya jika pembelajaran kita sedikit berbeza dari laluan pelajaran yang biasa.
Andaikan pelajar lain terus sambung belajar selepas SPM, tetapi kenalan atau diri kita sendiri tidak seperti ini contohnya, SPM terpaksa ditangguh atau diulangi.
Selain itu, bagi pelajar yang cemerlang pula berminat untuk mencari peluang tawaran biasiswa dan sebagainya dari industri awam.
Maka, pesta ini mampu memberikan jawapan kepada seluruh persoalan persoalan di atas. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya menghadiri pesta tersebut.
Kemudian terus bertanya mana mana wakil perhubungan awam mereka mengenai tujuan ataupun niat anda dalam pembelajaran.
Masuk adalah percuma. Pada pameran ini, kursus yang bakal diperkenalkan adalah;
- Pengurusan Hotel
- Akauntan
- Juruterbang
- Penerbangan
- Memasak
- Kecantikan
- Pendidikan Perniagaan
- Undang Undang
- Sains Gunaan
- Sains Komunikasi
- Multimedia
- Kejuruteraan
- IT dan Sains Komputer
- Tarian
- Kejurururawatan
- Pergigian
- Perubatan
- Farmasi
- Pemasaran
- Muzik
- Pendidikan Perlancongan
- Pengiklanan
- Rekabentuk Grafik
- Arkitek
- Rekabentuk dalaman
- Automotif
- Pengubahan Rambut
- Pendidikan awal Kanak Kanak
- Krew Kabin
- Latihan kemahiran
- Kursus Kaunseling dan Kebolehan
- dan lain lain lagi.
Para hadirin pasti akan menemui pelbagai lagi pilihan baru dalam dunia pendidikan melalui penyertaan anda dalam pameran ini.
Jangan lah berputus asa sekiranya kursus yang dikejar itu tidak dapat dimiliki. Ketahuilah rezeki itu sangat luas dan ambillah peluang ini untuk menganalisa peluang anda.
Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan.
Sila layari laman web penajaan untuk pameran ini seperi pautan di bawah.
Sila klik:Â Mid Valley Education Fair
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum.