Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas

Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas
Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas

Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Halau Lipas dalam Kereta Tanpa Guna Ubat Lipas ini sebenarnya adalah berkonsepkan DIY ( Do it Yourself). Disini cikgu tersebut kongsikan cara lengkap bagaimana dia selesaikan masalah lipas dalam kereta.

Pertamanya terima kasih kepada guru ini yang kongsikan tutorial ringkas ini kepada SGO. Tak sangka pula sebenarnya ada cara untuk selesaikan masalah lipas di dalam kereta ini tanpa guna ubat lipas atau semburan aerosol yang selalu kita pakai.

Masalah lipas ini sebenarnya seperti masalah umum kerana semua orang ada kereta dan biasanya walaupun kita dah jaga kebersihan, tetapi masih tetap ada juga masalah lipas sama ada kita tahu atau tidak. Sebab apa? Sebab lipas dalam kereta ini biasanya jenis yang kecil, bukan jenis yang terbang macam dalam rumah.

Punca Masalah Lipas dalam Kereta

Masalah lipas dalam kereta ini sebenarnya berpunca dari sisa makanan yang terjatuh atau tertinggal sama ada disengajakan atau tidak. Kadang-kadang kita punyalah nak berjaga-jaga tetapi kalau bukan kita, mungkin sahaja anak-anak atau kawan-kawan yang tumpang naik kereta kita pula yang kurang jaga kebersihan.

Selain itu, tapak kasut yang kita sudah pijak merata-rata juga kemungkinan besar dah terpijak sesuatu yang menarik minat lipas ini sekaligus membantu proses membiak mereka. Ini ditambah lagi jika ada anak kecil atau bayi yang masih menyusu. Susu yang tumpah di dalam kereta pastinya menambah lagi masalah lipas di dalam kereta ini. Betul tak?

Oleh sebab itu, percaya atau tidak sebenarnya dalam kereta kita mungkin akan ada lipas-lipas kecil yang tersembunyi. Kalau nak tahu, cuba tengah-tengah malam anda cek sembunyi-sembunyi kerana bila keadaan sunyi binatang ini akan merayap keluar.

Jadi, mari admin kongsikan pengalaman cikgu ini yang berkongsi idea dan cara yang dia dah guna untuk selesaikan masalah lipas dalam kereta tanpa guna ubat lipas.

Cara Lama & Baru Hapuskan Lipas dalam Kereta

Sebelum ini, antara cara yang dah biasa orang buat untuk selesaikan masalah lipas dalam kereta ini ialah dengan cara :

  1. Membasuh kereta siap vacum bahagian dalam agar tiada sisa makanan tertinggal.
  2. Lap tapak kasut atau selipar dengan sebersih-bersihnya. Biasanya kita jalan kaki merata tempat dan pastinya apa yang kita pijak itu kita tidak dapat elak.
  3. Sentiasa meletak bau-bauan. Kalau bau wangi, dengan harapan binatang-binatang seperti lipas dan tikus tak suka.
  4. Simpul daun pandan banyak-banyak lalu letakkan di bawah tempat duduk kereta. Rasanya ianya konsep yang sama dengan meletakkan bau-bauan.
  5. Elak makan di dalam kereta. Terutama kanak-kanak yang biasanya makan bersepah. Sekarang makin banyak kedai atau stall yang guna konsep “drive thru” sampaikan KFC sekarang pun dah buat juga. Jawabnya makin mudah untuk kita makan di dalam kereta. Betul tak?
  6. Guna ubat lipas atau ubat gegat yang biasa di letakkan dalam almari. Tapi sebelum itu, tanya dulu diri anda, sanggup ke hadap kereta berbau ubat gegat?
  7. Letakkan botol air “Ice Lemon Tea” dalam kereta. Lepas itu nanti lipas akan masuk dan tak boleh keluar. Admin pernah juga cuba cara ini tapi hanya seekor sahaja yang dapat kalau tak silap.
  8. Guna gam pelekat serangga sama ada yang semut atau tikus. Kalau pakai cara ini memang mudah. Beli sahaja yang dah siap di kedai DIY tapi macam kurang berkesan rasanya.

Sebenarnya mungkin banyak lagi cara nak halau lipas dalam kereta yang mungkin ramai sudah tahu. Tapi kali ini fokus kita ialah kaedah DIY yang akan dikongsikan oleh guru ini.

Halau Lipas dalam Kereta Tanpa Guna Ubat Lipas

Mula Mengesan Masalah Lipas dalam Kereta

Pertama kali melihat lihat di dalam kereta saya ialah ketika waktu memandu di siang hari. Tiba-tiba saya dapati ada seekor lipas yang merayap di dalam kereta. Pada saat itu mula merasa tak sedap hati. Kerana cuba bayangkan kalau yang memandu itu adalah isteri saya dan kemungkinan besar dia akan terkejut kerana geli pada lipas.

Tetapi saya belum buat apa-apa lagi kerana ingatkan ianya hanya masalah kecil. Mungkin ada yang termasuk dalam kereta. Namun begitu ianya berubah apabila saya lebih kerap nampak lipas ini merayap ke sana ke mari dan hingga ada yang merayap pada baju.

Sah! Ada sesuatu tak kena.

Panik & Mengesan Punca

Saya merasa sangat panik. Apa yang saya takutkan ialah lipas ini membiak terlalu pantas dan jumlahnya sangat ramai. Oleh sebab itu, saya fikirkan sesuatu perlu dilakukan segera. Perkara pertama yang dilakukan ialah dengan mencari idea bagaimana nak hapuskan lipas ini.

Antara usaha yang saya sudah lakukan ialah membersihkan bahagian dalaman kereta. Namun begitu, hasilnya tetap sama. Lipas tetap ada bahkan bilangannya semakin bertambah.

Idea Isteri Guna Botol Ice Lemon Tea

Perkara kedua yang saya lakukan ialah dengan menerima idea isteri saya untuk mencuba kaedah DIY. Kaedah DIY yang pertama yang saya lakukan ialah menggunakan botol ice Lemon Tea.

Caranya mudah sahaja, beli ice lemon tea di mana-mana kedai dan habiskan minuman tersebut. Kemudian tanpa membasuh botol itu, kita letakkan terus botol itu di dalam kereta. Secara keseluruhan, kaedah ini memang berjaya namun jumlah lipas yang tertangkap adalah kecil sekali. Hanya seekor kalau tidak silap saya berjaya ditangkap dalam tempoh sehari semalam.

Cara Hapuskan Lipas dalam Kereta Paling Mudah

Ok, ini saya dapat idea dari isteri saya juga. Dia yang cari dalam internet katanya. Saya katakan paling mudah sebab memang ianya mudah dan bahan yang saya guna hanyalah :

  • 1 sudu marjerin
  • 1 sudu susu pekat manis
  • sedikit minyak

Caranya mudah sekali. Ambil sebuah bekas plastik, campurkan ketiga-tiga bahan di atas. Siap. Itu sahaja.

Kemudian letakkan bekas itu di dalam kereta sama ada di atas kusyen, di bawah kusyen, di atas dashboard atau di mana-mana sahaja. Biarkan semalaman.

Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas
Campuran Marjerin, Minyak Masak dan Susu

Saya letakkan bekas berisi 3 campuran tadi di atas kusyen kereta. Saya biarkan selama 2 hari juga. Waktu siang saya alihkan ke atas lantai kereta. Dan hasilnya ialah saya dapat tangkap dan hapuskan lipas di dalam kereta dengan banyak sekali.

Jom saya kongsikan hasil dari DIY ini.

Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas
Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas
Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas
Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas 1

Itu dia, macam mana banyak betul lipas yang terjun kedalam campuran itu. Tidak pasti pula kenapa lipas ini tertarik untuk masuk kedalam campuran ini sama ada bau manis susu ataupun marjerin. Yang pasti, lipas memang suka.

Disebabkan teruja untuk kongsikan hasil, sebagai bukti supaya dapat menambah keyakinan pembaca website sistem guru online SGO. Maka saya tabahkan hati untuk mengutip satu persatu lipas yang dah mati ini. Kutip guna kertas ye bukan direct pakai tangan.

Jadi inilah hasil barisan korban dari perangkap lalat tanpa guna sebarang ubat gegat atau perangkap lain.

Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas
Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas 2
Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas
Perangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah Halau Lipas Tanpa Guna Ubat Lipas

Geli? Jangan risau itu tak pelik dan bukan anda seorang sahaja yang geli. Isteri saya juga geli! Saya yang tolong kutip satu persatu ini lagi lah rasa tak sedap. Jadi diharap perkongsian ini dapat membantu para pembaca yang mengalami masalah lipas dalam kereta.

Terima kasih admin jika menyiarkan perkongsian saya ini.

REVIEW OVERVIEW
Kualiti Bahan
Previous articleKaki Buli Digantung Sekolah 6 Bulan
Next articleSlide Kata Kerja Bergambar
perangkap-lipas-dalam-kereta-cara-halau-lipas-tanpa-guna-ubat-lipasPerkongsian yang sangat menarik sekali tentang cara nak hapuskan lipas kecil yang ada di dalam kereta!